Saturday, 31 December 2022

TERIMA KASIH 2022

 



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan ucapan jutaan Terima Kasih & Jazakallahu Khairan Kathira buat semua pelanggan yang menyokong kami sepanjang tahun 2022 ini.
Para pelanggan kami tidak terhad di sekitar KL/Selangor sahaja, malah kami terima pelanggan dari merata negeri dalam Semenanjung Malaysia. Sanggup datang jauh-jauh dari Kedah/Perak/Pahang/Melaka/N.Sembilan kerana yakin dengan servis pembaikan dan penukaran cermin kenderaan di Nizam Autoglass. Allahu, terharunya kami.
Juga tak dilupakan, kami juga turut terima panggilan telefon & wasap dari mereka yang berada di Sabah & Sarawak meminta khidmat nasihat & konsultasi berkenaan cermin kenderaan serta tuntutan insuran.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, yang lemah itu dari kami sendiri. Dan kami akan berusaha perbaiki dari semasa ke semasa. InsyaAllah.
Terima kasih semua. 🫰🏻

Wednesday, 21 September 2022

PELANGGAN PUAS HATI, KAMI SENANG HATI

Kami amat menghargai maklum balas dari para pelanggan kami. Doa-doa dan kata-kata semangat dari anda semua lah yang membuat kami sampai ke tahap ini.

Mohon maaf andai ada kekurangan dalam servis kami, kami akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Ada sebarang cadangan penambahbaikan untuk kami? Jom pm? 😉👇🏻

Thursday, 15 September 2022

𝘾𝙇𝘼𝙄𝙈 𝙄𝙉𝙎𝙐𝙍𝘼𝙉 - 𝙏𝙐𝙆𝘼𝙍 𝘾𝙀𝙍𝙈𝙄𝙉 𝙆𝙀𝙍𝙀𝙏𝘼, 𝙎𝙀𝙈𝙐𝘿𝘼𝙃 1 2 3


Ramai yang anggap, kalau nak claim insuran cermin kenderaan ni leceh betul. Lagi sanggup tukar cermin kenderaan secara tunai dari nak kena berurusan dengan pihak insuran. Betul ke sesusah itu nak claim insuran cermin kenderaan? 



𝘛𝘈𝘒 𝘚𝘜𝘚𝘈𝘏, 𝘚𝘌𝘕𝘈𝘕𝘎 𝘑𝘌𝘌𝘌𝘌....

Bengkel Servis Cermin Kenderaan Nizam Autoglass Shah Alam & Sepang menguruskan 100% tuntutan cermin kenderaan buat pelanggan-pelanggan kami. Pelanggan hanya perlu sediakan dokumen sokongan, bawa kereta datang bengkel, dah boleh tukar cermin baru! Senang kan?

Semudah 123? Ya, pelanggan hanya perlu sediakan 3 dokumen wajib. Ianya adalah:

1. Salinan Polisi Insuran
2. Salinan IC & Lesen Pemilik
3. Salinan Geran Kereta

Namun, ada beberapa syarikat insuran yang memerlukan laporan polis sebagai dokumen sokongan untuk proses claim ini tau.

𝑲𝑬𝑵𝑨 𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑨𝑳 𝑲𝑬𝑹𝑬𝑻𝑨 𝑲𝑬?
Tak perlu pun! Kes claim insuran cermin kenderaan tidak sama seperti claim kereta accident. Proses penukaran cermin kenderaan hanya mengambil masa dalam 2 jam. Ruang menunggu yang selesa & wifi percuma disediakan untuk pelanggan-pelanggan kami.

𝑻𝑼𝑲𝑨𝑹 𝑪𝑬𝑹𝑴𝑰𝑵 𝑲𝑨𝑻 𝑹𝑼𝑴𝑨𝑯 𝑩𝑶𝑳𝑬𝑯 𝑻𝑨𝑲?
Boleh sangat! Kami turut menyediakan servis door2door, ada caj dikenakan untuk servis ini. Perlu buat temujanji sekurang-kurangnya 2 hari sebelum penukaran cermin kenderaan. Jom roger kami?

📍CAWANGAN SHAH ALAM📍
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

📲 🅟🅤🅐🅝 🅐🅝🅘🅢
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my

📲 🅔🅝🅒🅘🅚 🅝🅘🅩🅐🅜
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my

📍CAWANGAN SEPANG📍
Taman Saujana KLIA, Sepang

📲 🅔🅝🅒🅘🅚 🅢🅨🅐🅗🅜🅘
http://nizamautoglasskotawarisan.wasap.my 

Wednesday, 7 September 2022

"𝘾𝙀𝙍𝙈𝙄𝙉 𝘽𝘼𝙒𝘼 𝙎𝙀𝙉𝘿𝙄𝙍𝙄, 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝙏𝙊𝙇𝙊𝙉𝙂 𝙋𝘼𝙎𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙉?"

 Ya, Bengkel Servis Cermin Kenderaan Nizam Autoglass Shah Alam & Sepang turut menerima servis upah pasang cermin kenderaan. Cermin anda bawa sendiri, kami tolong pasangkan.





Ada beberapa pelanggan kami beli cermin second hand dari bengkel potong/halfcut, lagi-lagi untuk kereta model luar negara yang lama-lama tu, dah susah nak dapat cermin original kan. Atau ada juga pelanggan yang tiada ambil insuran cermin kenderaan tapi juga kurang bajet nak tukar cermin secara tunai. Boleh guna cermin second hand, jimat sikit kos.

Bawa je cermin yang anda dah dapat tu ke bengkel kami, kami kasi settle! 𝐒𝐢𝐚𝐩 𝐚𝐝𝐚 𝟐 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐰𝐨𝐫𝐤𝐦𝐚𝐧𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐰𝐚𝐫𝐫𝐚𝐧𝐭𝐲 𝐭𝐚𝐮. Kalau celah cermin ada masuk angin/air selepas pemasangan, boleh bawa semula pada kami. Mudah kan? 😉

𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭, 𝐭𝐞𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐡𝐞𝐜𝐤 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐜𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐡𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐮. Kalau ada retak kecil, kita akan repair dahulu, baru pemasangan boleh dibuat. Kalau cermin tu masih melekat pada body lama macam dalam gambar ini, team kami perlu buka dahulu cermin ini dari body ini, baru lah beralih ke lain-lain proses pemasangan.

Dalam gambar ini adalah cermin second hand Toyota Alphard yang pelanggan beli dari bengkel halfcut, datang sekali dengan body kereta lama.

Jom roger kami, kami bantu selesaikan masalah cermin kenderaan anda! 𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 👇🏻

📍CAWANGAN SHAH ALAM📍
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

📲 🅟🅤🅐🅝 🅐🅝🅘🅢
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my

📲 🅔🅝🅒🅘🅚 🅝🅘🅩🅐🅜
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my

📍CAWANGAN SEPANG📍
Taman Saujana KLIA, Sepang

📲 🅔🅝🅒🅘🅚 🅢🅨🅐🅗🅜🅘
http://nizamautoglasskotawarisan.wasap.my

Thursday, 30 June 2022

KUNJUNGAN DARI PELAJAR MAHSA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, hari ini kami terima kunjungan dari 10 orang pelajar jurusan Bachelor of Physiotherapy bagi menjalankan kerja kursus subjek Entrepreneurship. 2 orang daripada mereka merupakan international student, iaitu dari Egypt.

Perjumpaan ini berlangsung di Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass. Dapatlah para pelajar ini melihat kami membuat penukaran cermin hadapan Toyota Vellfire secara langsung. Terima kasih kepada pelanggan kami ini dari Putrajaya sudi bekerjasama dalam menjayakan perjumpaan ini.
Terima kasih kerana sudi memilih Bengkel Servis Cermin Nizam Autoglass sebagai kerja kursus kalian. Selamat maju jaya & semoga 4-flat setiap sem!
Aminnn...







Saturday, 25 December 2021

HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH

Maaf buat semua pelanggan yang berhajat untuk mendapatkan servis penukaran & pembaikan cermin kenderaan pada minggu ini.

Kami terima panggilan telefon & whatsApp yang tidak putus-putus dari pelanggan-pelanggan yang memerlukan servis kami.Ada yang datang jauh-jauh dari luar negeri bercuti & melawat saudara mara di lembah Klang, ingin mengambil kesempatan masa untuk ke bengkel kami. Namun tidak dapat kami tunaikan kerana bengkel masih dalam proses pembersihan. Ampun & maaf dipinta




















Lebih membuat kami rasa tersentuh hati & rasa sangat dipercayai pabila pelanggan-pelanggan sanggup menunggu kami selesai uruskan pembersihan pasca banjir & akan hubungi kami semula untuk temujanji pembaikan & penukaran cermin kenderaan.

Kami turut ingin memaklumkan bahawa pada minggu hadapan, Nizam Autoglass Shah Alam hanya beroperasi untuk servis door2door sahaja. Bengkel ditutup untuk proses baik pulih, dinding-dinding semua rosak perlu dikikis & dicat semula. Perabot juga semua hancur. Kami terpaksa ambil masa sikit untuk beroperasi semula di bengkel.

NAK KAMI DATANG TEMPAT ANDA UNTUK PENUKARAN CERMIN KENDERAAN? JOM ROGER!

📍CAWANGAN 1📍
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam
📲 🅟🅤🅐🅝 🅐🅝🅘🅢
📲 🅔🅝🅒🅘🅚 🅝🅘🅩🅐🅜

📍CAWANGAN 2 📍
Taman Saujana KLIA, Sepang
📲 🅔🅝🅒🅘🅚 🅢🅨🅐🅗🅜🅘

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...