Maaf buat semua pelanggan yang berhajat untuk mendapatkan servis penukaran & pembaikan cermin kenderaan pada minggu ini.
Kami terima panggilan telefon & whatsApp yang tidak putus-putus dari pelanggan-pelanggan yang memerlukan servis kami.Ada yang datang jauh-jauh dari luar negeri bercuti & melawat saudara mara di lembah Klang, ingin mengambil kesempatan masa untuk ke bengkel kami. Namun tidak dapat kami tunaikan kerana bengkel masih dalam proses pembersihan. Ampun & maaf dipinta
Lebih membuat kami rasa tersentuh hati & rasa sangat dipercayai pabila pelanggan-pelanggan sanggup menunggu kami selesai uruskan pembersihan pasca banjir & akan hubungi kami semula untuk temujanji pembaikan & penukaran cermin kenderaan.
Kami turut ingin memaklumkan bahawa pada minggu hadapan, Nizam Autoglass Shah Alam hanya beroperasi untuk servis door2door sahaja. Bengkel ditutup untuk proses baik pulih, dinding-dinding semua rosak perlu dikikis & dicat semula. Perabot juga semua hancur. Kami terpaksa ambil masa sikit untuk beroperasi semula di bengkel.
NAK KAMI DATANG TEMPAT ANDA UNTUK PENUKARAN CERMIN KENDERAAN? JOM ROGER!


Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam


Taman Saujana KLIA, Sepang
