Assalamualaikum.
Anda mungkin fikir yang kemalangan tidak akan berlaku ke atas anda. Jangan pandang remeh dengan kes ini. Insuran cermin kereta dah macam wajib ambil sekarang ini. Jikalau anda ambil insuran cermin kereta tambahan, kuranglah sikit beban dan masalah apabila berlaku kemalangan yang melibatkan cermin kereta.
Tahukah anda bahawa sekiranya anda ingin menambah perlindungan cermin kenderaan ke dalam polisi insuran anda, anda hanya perlu menambah sebanyak 15% dari jumlah perlindungan cermin. CONTOHNYA;
Produa Myvi ingin membuat PERLINDUNGAN CERMIN RM 600, anda perlu menambah sebanyak RM 90 (15% dari jumlah perlindungan) ketika membuat pembaharuan insuran kenderaan.
ATAUPUN
Proton Exora ingin membuat PERLINDUNGAN CERMIN SEBANYAK RM 1,000, anda perlu menambah sebanyak RM 150 (15% dari jumlah perlindungan) ketika membuat pembaharuan insuran kenderaan.
Berbaloi bukan? Hanya dengan melabur sebanyak RM 90 atau RM 150 dapat menjimatkan anda hampir RM 1,000.
Ewah, dah macam agen insuran kereta pula kami. Bukan, kami tidak jual insuran kereta. Kami jual cermin kereta. Tapi kami ingin bantu anda merancang kewangan anda pada masa akan datang.
Saya adalah pengguna insuran kereta ETIQA & isteri saya pengguna TAKAFUL IKHLAS. Kami menyakini kedua-dua takaful ini dan proses tuntutan insuran dengan mereka juga sangat memudahkan. Anda bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH 2022
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...
-
Sekiranya anda telah membeli cermin kereta sendiri dan memerlukan orang untuk membuat pemasangan. Jangan risau, serahkan sahaja kepad...
-
Siapa pernah hadapi masalah cermin bocor? Masuk angin/air. Selalunya kalau masuk angin tu kita tak berapa perasan, bila hujan baru pe...
-
Alhamduillah, selesai menukar cermin tepi Proton Exora. Cermin pintu kereta menggunakan cermin jenis single layer (1 lapis) dimana sek...
No comments:
Post a Comment