Seperti yang seringkali kami nyatakan, memang sangat berbaloi sekiranya anda telah sedia ada perlindungan cermin kereta tambahan. Tak rugi sikit pun! Emotikon smile
Namun, anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan dan serahkan kepada kami sebelum proses penukaran cermin dilakukan. Antara dokumen yang diperlukan ialah:
1. ETIQA INSURAN/TAKAFUL
- Salinan IC dan lesen memandu
- Salinan covernote insuran kenderaan
- Salinan borang No. 9 (sekiranya kereta syarikat)
2. TAKAFUL IKHLAS & TAKAFUL MALAYSIA
- Salinan IC dan lesen memandu
- Salinan covernote insuran kenderaan
- Salinan geran (muka hadapan & belakang)
- Salinan borang No. 9 (sekiranya kereta syarikat)
3. LAIN-LAIN INSURAN/TAKAFUL
- Salinan IC dan lesen memandu
- Salinan covernote insuran kenderaan
- Salinan geran (muka hadapan & belakang)
- Laporan polis
- Salinan borang No. 9 (sekiranya kereta syarikat)
Terdapat beberapa syarikat insuran yang kami tidak dapat membuat tuntutan seperti KURNIA, ALLIANCE, BERJAYA SOMPO, LONPAC dan AM ASSURANCE. Ini adalah kerana penukaran cermin boleh dibuat melalui bengkel panel syarikat insuran tersebut sahaja.
Pendapat peribadi tentang syarikat insuran/takaful kenderaan yang terbaik? Semestinya ETIQA INSURAN/TAKAFUL! Saya (Encik Nizam) sendiri menggunakan insuran kenderaan tersebut. Proses tuntutan juga amat mudah dan mesra pelanggan.
No comments:
Post a Comment