Haa, dalam gambar ni kami tunjukkan macam mana rupa cermin double layer (cermin 2 lapis). Ya, cermin jenis ini lah yang digunakan pada cermin hadapan kereta anda.
Cermin double layer ni, kalau terkena batu, retaknya akan memanjang & menjalar. Sebab yang retak tu hanya layer belah luar sahaja, layer dalam masih okay.
Ada beberapa model kereta lama yang masih menggunakan cermin single layer (1 lapis) pada cermin hadapan contohnya Perodua Kancil & Proton Wira. Namun usah bimbang, sekiranya anda mendapatkan servis penukaran cermin hadapan di Nizam Autoglass, kami akan menggantikannya dengan cermin double layer.
Cermin single layer ni kalau terkena batu, memang pecah berderai, retak seribu! Macam cermin tingkap & cermin belakang. Bayangkan sekiranya cermin hadapan jenis single layer ni tiba-tiba pecah terkena batu ketika sedang memandu di jalan raya. Fuhh, memang bahaya!
Berminat nak dapatkan servis pembaikan cermin kenderaan dari Nizam Autoglass? Atau perlukan konsultasi percuma berkenaan cermin kenderaan dari kami? Ayuh hubungi kami segera 👇🏻
📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my
📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my
📍Lokasi bengkel
CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam
CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang
No comments:
Post a Comment