Wednesday 29 June 2016

Feedback Dari Pelanggan #5




Alhamdulillah, feedback yang menaikkan semangat dari pemilik Perodua Myvi yang membuat penukaran cermin hadapan semalam.

Terima kasih kerana sudi bermuamalah dengan Nizam Autoglass. Hubungi 019-2421992 untuk konsultansi percuma.

Monday 27 June 2016

Feedback Dari Pelanggan #4


Alhamdulillah, terima kasih di atas feedback yang diberikan. Feedback dari para pelanggan amat bermakna buat kami untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di Nizam Autoglass.


Jom servis cermin kereta kesayangan anda di tempat kami. InsyaAllah berbaloi!

Hubungi 019-2421992 (Encik Nizam) untuk konsultansi percuma.

Friday 24 June 2016

CERMIN PINTU SEGI TIGA




Tahukah anda bahawa perompak selalu menggunakan cara memecahkan cermin pintu segi tiga untuk membuka lock pintu dan mengambil barang berharga yang ditinggalkan di dalam kereta.

Dari sudut positif pula, cermin segi tiga amat membantu dalam kecemasan. Tahun lalu, kerap kali muncul di dada akhbar tentang anak kecil hampir lemas akibat kekurangan oksigen kerana ditinggalkan berseorangan oleh penjaga di dalam kenderaan.

Tentu sekali anak kecil itu tidak tahu cara untuk membuka lock pintu. Cara terbaik untuk membantu adalah dengan memecah cermin pintu segi tiga ini. InsyaAllah, cermin boleh diganti, nyawa tidak sama sekali.

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan cermin kenderaan anda, sila hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam).

Semoga bermanfaat & Salam Jumaat.

Thursday 23 June 2016

TUKAR CERMIN DI RUMAH ANDA




Anda menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar? Cermin kereta perlu rawatan segera namun anda terlalu sebok hingga tiada masa untuk menghantar kereta ke bengkel?
Masalah anda kini selesai! Nizam Autoglass menawarkan perkhidmatan memasang cermin kenderaan di rumah anda!
Biar kami ke tempat anda! Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk maklumat lanjut.

Wednesday 22 June 2016

BEROPERASI SEPERTI BIASA PADA CUTI NUZUL QURAN




InsyaAllah, pada 22 Jun 2016 (Rabu), Nizam Autoglass akan beroperasi seperti biasa bermula jam 10.00 pagi.
Terdapat 1 slot kosong pada waktu petang, sekiranya anda ingin membuat servis tukar/baiki cermin kenderaan, boleh lah menghubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk membuat temujanji.
Penukaran cermin kenderaan hanya mengambil masa selama 1 jam ke 1 jam 45 minit, tidak perlu tinggalkan kereta di bengkel. Sementara menunggu, boleh lah membaca dan mentadabbur Al-Quran serta menghayati Hari Nuzul Quran. Semoga bertambah iman kita, InsyaAllah.
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran” - (QS. Al Baqarah: 185)

Friday 17 June 2016

HARGA TUKAR CERMIN KERETA



Ramai yang masih tidak tahu bahawa harga cermin kereta adalah berbeza mengikut model kereta dan juga jenis cermin. Oleh yang demikian, pelanggan diminta untuk memberikan maklumat lebih terperinci ketika ingin memohon sebutharga. Sila nyatakan: 1. Jenis cermin - cermin hadapan / belakang / tepi dll 2. Model kereta - Saga BLM / Myvi / Vios dll 3. Tahun dikeluarkan 4. Nama syarikat insuran (jika berkaitan) 5. Jumlah perlindungan cermin kereta (jika berkaitan) Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu bagi kami memastikan stok cermin baru anda sudah tersedia sebelum anda tiba di bengkel. 50% deposit diperlukan jika anda menukar cermin kereta tanpa menggunakan insuran.
Proses penukaran cermin kereta mengambil masa selama 1 jam ke 1 jam 45 minit, bergantung kepada jenis cermin yang ditukar. Anda tidak perlu meninggalkan kereta di bengkel.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam). InsyaAllah, kami akan memberikan servis dan layanan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan kami.

Tuesday 14 June 2016

BAIKI RETAK PADA CERMIN KENDERAAN





Adakah anda sudah sedia maklum bahawa retak kecil pada cermin kenderaan anda boleh menyumbang pada keretakan sepanjang 1 jengkal, 2 jengkal, malah lebih panjang daripada itu!!

Ayuh dapatkan rawatan membaiki keretakan pada cermin kerderaan anda dengan segera di Nizam Autoglass Shah Alam.

❗️ Jangan lupa untuk membuka sedikit tingkap untuk aliran udara ketika anda meletakkan kenderaan anda di tempat terbuka.

❗️ Jangan curahkan air ketika cermin kenderaan berada dalam keadaan panas.

❗️ Retak pada cermin kenderaan boleh menjadi lebih serius terutama ia gagal menampung tekanan akibat tekanan angin ketika berkelajuan tinggi.

❗️ Memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan memasangan penyaman udara terlalu kuat dan tiba-tiba membuka tingkap turut menyumbang kepada masalah cermin pecah secara tiba-tiba.

Thursday 9 June 2016

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN INSURAN CERMIN KENDERAAN MELALUI NIZAM AUTOGLASS?


Anda seorang yang bijak sekiranya anda telah mengambil perlindungan cermin kereta tambahan! Untuk membuat tuntutan tersebut, usah risau, kami boleh menguruskannya untuk anda.

Anda hanya perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan sebelum anda ke kedai kami untuk membuat penukaran cermin kenderaan:

INSURAN ETIQA

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan lesen memandu
3. Salinan cover notes

TAKAFUL IKHLAS / TAKAFUL MALAYSIA

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan lesen memandu
3. Salinan cover notes
4. Salinan geran kereta

LAIN-LAIN INSURAN/TAKAFUL

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan lesen memandu
3. Salinan cover notes
4. Salinan geran kereta
5. Salinan report polis

Mudah bukan? Setelah anda menyerahkan dokumen sokongan ini kepada kami, kami bersedia menukar cermin kenderaan baru anda. Lebih kurang 1 jam 30 minit, SIAP!

Anda perlu memaklumkan kepada kami sehari sebelum untuk membuat penukaran cermin kenderaan. Ini adalah untuk kami memastikan stok cermin baru telah tersedia sebelum anda tiba di kedai.

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk maklumat lanjut.

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...