Wednesday 30 March 2016

TUKAR CERMIN TEPI: Proton Exora



Alhamduillah, selesai menukar cermin tepi Proton Exora.

Cermin pintu kereta menggunakan cermin jenis single layer (1 lapis) dimana sekiranya terkena hentakan/batu/objek tajam, ianya akan pecah berderai. Bunyinya seperti tidak berkualiti kerana ianya mudah pecah, bukan?

Namun, tahukah anda cermin single layer membantu anda di saat kecemasan. Jika anda terlibat dengan kemalangan di mana kenderaan contohnya terbenam di dalam sungai ataupun laut, cermin single layer mudah dipecahkan dan membantu anda keluar dari kenderaan.

Cermin single layer selalunya dipasang pada bahagian pintu dan belakang kereta, tidak digalakkan pasang pada cermin hadapan. Di bahagian pintu digalakkan untuk menggunakan tint film bagi mengelakkan serpihan cermin kereta daripada terkena mata apabila pecah atau dipecahkan.

Semoga bermanfaat.

Tuesday 29 March 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Produa Myvi




Alhamdulillah, terima kasih Encik Zahiruddin kerana menyokong dan mempercayai kami.

Amat mudah sekiranya anda sudah mempunyai perlindungan cermin kenderaan tambahan. Jika terjadi apa-apa pada cermin kenderaan anda, hantarkan sahaja kepada kami. Tidak perlu risau tentang duit yang akan berlalu pergi.

Hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam) atau PM kami untuk sebutharga percuma!

TUNTUTAN INSURAN CERMIN KENDERAAN & NCD (No Claim Discount)

Sekiranya anda mengambil perlindungan insuran cermin kenderaan tambahan, ianya TIDAK akan menjejaskan NCD anda. Anda boleh menyemak semula polisi insuran anda sama ada anda mengambil perlindungan tambahan tersebut ataupun tidak. (rujuk gambar)


Sekiranya anda tidak mengambil perlindungan cermin kenderaan tambahan, anda masih boleh mengambilnya walaupun tempoh insuran anda sudah berjalan.

Yang penting, cermin kenderaan anda mestilah dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan. Anda boleh hubungi agen insuran anda untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

"Boleh ke gunakan tuntutan insuran kenderaan biasa bagi cermin kereta yang pecah/retak?"

BOLEH, namun banyak pula isu berbangkit. Proses tuntutannya lama dan leceh. NCD anda juga akan berkurangan, ianya sangat merugikan! NCD bermaksud diskaun untuk tidak membuat tuntutan. Bukan sikit-sikit yang ada rugi tu. Kalau diskaun NCD dah cecah 55%, memang anda kerugian besar jika buat tuntutan biasa.

Semoga bermanfaat.

Monday 28 March 2016

TUKAR CERMIN BELAKANG: Proton Wira



Alhamdulillah. Selesai menukar cermin belakang kereta Proton Wira. 

Kami boleh menukar dan membaiki kerosakan pada cermin kereta kesayangan anda. Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) atau PM untuk maklumat lanjut.

Saturday 26 March 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Produa Myvi



Alhamdulillah, selesai menukar cermin hadapan Produa Myvi milik Encik Ramzi. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan tuan kepada kami.

Buat pelanggan yang ingin mendapatkan servis membaiki masalah cermin kereta dari kami, sila hubungi Encik Nizam di talian 019-2421992.

Thursday 24 March 2016

Feedback Dari Pelanggan #2


Encik Hasnol telah menyokong dan meyakini perkhidmatan di Nizam Autoglass.

Anda bagaimana? :)

Wednesday 23 March 2016

TIPS CERMIN KERETA RETAK / BERLUBANG


Cermin kereta kesayangan anda retak/berlubang akibat terkena batu kecil? Ayuh segera hantar kepada kami sebelum keretakan itu menjalar lebih serius!

Kami menggunakan peralatan pembaikan yang canggih dan diimport khas dari luar negara. Jom hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam).

Tips cermin kereta retak/berlubang:

a. Baiki dengan segera! Keretakan boleh menjadi lebih serius sekiranya anda bertangguh.
b. Membaiki keretakan yang panjangnya lebih dari sejengkal adalah tidak digalakkan. Masih boleh dimatikan pada hujung 'ekor' retak, namun hanya bertahan untuk jangka masa pendek sahaja.
c. Anda dinasihatkan untuk tidak membasuh kereta selama seminggu untuk memastikan ubat yang digunakan betul-betul kering.
d. Sekiranya anda membaiki keretakan cermin yang panjang, pastikan anda membuka sedikit tingkap ketika parking walaupun anda menggunakan parking berbumbung.

Semoga bermanfaat. 👍

Tuesday 22 March 2016

CERMIN DOUBLE LAYER & SINGLE LAYER


CERMIN DOUBLE LAYER (2 Lapis)

Di bengkel kami hanya menjual cermin double layer bagi cermin hadapan kenderaan kerana kami amat mementingkan keselamatan pelanggan-pelanggan kami. Cermin double layer merupakan dua cermin single layer yang digabungkan.  Jika cermin double layer terkena batu atau objek keras, kesannya tidak seteruk cermin single layer.

CERMIN SINGLE LAYER (1 Lapis)

Jenis cermin single layer tidak digalakkan dipasang pada cermin hadapan kenderaan kerana cerminnya yang nipis dan tidak tahan hentakan. Sekiranya terkena hentakan, ia akan pecah berderai. Cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin kereta dan belakang kereta.

Sunday 20 March 2016

TAHUKAH ANDA #2: Cermin Kenderaan & Haba


Tahukah anda bahawa haba atau panas cahaya matahari juga boleh menyumbang kepada keretakan cermin kereta kesayangan anda?

Ianya boleh terjadi sekiranya anda meletakkan kenderaan di tempat terbuka dimana terpancar sinaran matahari terlalu lama dengan semua tingkapnya ditutup rapat tanpa ruang untuk udara luar masuk. Jika anda membuka pintu kenderaan, udara sejuk dari luar akan menyerbu masuk, manakala udara panas dari dalam pula akan keluar secara serentak.

Udara sejuk yang terkena cermin itu boleh disamakan seperti besi panas disirami air. Walaupun besi tidak pecah tetapi cermin yang terlalu panas itu jika terkena udara sejuk secara tiba-tiba akan merekah dan pecah.

Jadi bagi mengelak cermin retak dan akhirnya pecah, cara paling baik ialah dengan meletak kereta anda di tempat letak kenderaan berbumbung. Sekiranya anda terpaksa meletak kenderaan anda di tempat panas, tutup cermin dengan pelindung khas cahaya matahari yang boleh dibeli dari kedai aksesori atau stesen minyak.

Selain itu, anda juga boleh menutup panel depan kenderaan dengan kain atau kotak yang bukan berwarna gelap.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan cermin kenderaan, hubungi kami di talian 019-2421992.


Saturday 19 March 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Nissan Grand Livina 1.8L (A)


Menukar cermin kereta hadapan Nissan Grand Livina. Alhamdulillah, terima kasih Puan Ummi kerana memilih untuk mendapatkan perkhidmatan dari kami.

Bagi pelanggan yang ingin menukar cermin kereta, anda dikehendaki membuat temujanji terlebih dahulu untuk kami memastikan cermin baru anda sudah tersedia sebelum anda tiba ke kedai.

Monday 14 March 2016

Feedback Dari Pelanggan


Alhamdulillah, terima kasih buat pelanggan kami di atas feedback yang cukup menaikkan semangat kami. 😁😁👍

Jom dapatkan perkhidmatan dari Nizam Autoglass. Hubungi 019-2421992 untuk maklumat lanjut.

Saturday 12 March 2016

TUKAR CERMIN TEPI: Proton Saga FL


Pelanggan kami menukar 2 cermin tepi yang pecah akibat kes samun, berlaku di Port Klang.

Terima kasih puan kerana memilih untuk mendapatkan perkhidmatan memasang cermin dari Nizam Autoglass.

Friday 11 March 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Proton Saga BLM


Alhamdulillah, gembira bila melihat wajah pelanggan yang berpuas hati selepas menukar cermin hadapan kereta yang berlubang & retak akibat batu kecil yang terpelanting dari lori.

Terima kasih Encik Isman (pemilik kereta) di atas sokongan dan kepercayaan kepada Nizam Autoglass.

Wednesday 9 March 2016

PENTING SANGAT KE INSURAN CERMIN KENDERAAN TU?

Assalamualaikum.

Anda mungkin fikir yang kemalangan tidak akan berlaku ke atas anda. Jangan pandang remeh dengan kes ini. Insuran cermin kereta dah macam wajib ambil sekarang ini. Jikalau anda ambil insuran cermin kereta tambahan, kuranglah sikit beban dan masalah apabila berlaku kemalangan yang melibatkan cermin kereta.


Tahukah anda bahawa sekiranya anda ingin menambah perlindungan cermin kenderaan ke dalam polisi insuran anda, anda hanya perlu menambah sebanyak 15% dari jumlah perlindungan cermin. CONTOHNYA;

Produa Myvi ingin membuat PERLINDUNGAN CERMIN RM 600, anda perlu menambah sebanyak RM 90 (15% dari jumlah perlindungan) ketika membuat pembaharuan insuran kenderaan.

ATAUPUN

Proton Exora ingin membuat PERLINDUNGAN CERMIN SEBANYAK RM 1,000, anda perlu menambah sebanyak RM 150 (15% dari jumlah perlindungan) ketika membuat pembaharuan insuran kenderaan.

Berbaloi bukan? Hanya dengan melabur sebanyak RM 90 atau RM 150 dapat menjimatkan anda hampir RM 1,000.

Ewah, dah macam agen insuran kereta pula kami. Bukan, kami tidak jual insuran kereta. Kami jual cermin kereta. Tapi kami ingin bantu anda merancang kewangan anda pada masa akan datang.

Saya adalah pengguna insuran kereta ETIQA & isteri saya pengguna TAKAFUL IKHLAS. Kami menyakini kedua-dua takaful ini dan proses tuntutan insuran dengan mereka juga sangat memudahkan. Anda bagaimana?

Tuesday 8 March 2016

TAHUKAH ANDA? #1


Tahukah anda retak kecil sebesar syiling 50 sen pada cermin kenderaan boleh merebak sepanjang 1 jengkal, 2 jengkal, malah lebih panjang daripada itu! 

Ayuh! Kami dapat bantu anda menyelesaikan masalah cermin retak/berlubang. Hubungi kami di talian 019-2421992 (Nizam) untuk maklumat lanjut.

Saturday 5 March 2016

JOM KE KEDAI KAMI. Di Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Asslamualaikum.



Kami merupakan usahawan muda muslim yang baru sahaja membuka perniagaan sendiri iaitu Bengkel Servis Cermin Kereta Shah Alam - Nizam Autoglass. Kami menawarkan perkhidmatan:

1) Menyelesaikan masalah cermin retak/berlubang
2) Mengganti cermin baru mengikut spec kilang
3) Mengganti getah pada cermin kenderaan
4) Menguruskan tuntutan insuran pelanggan

Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (10 pagi - 7 malam)

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Nizam) untuk sebutharga percuma atau temujanji.

Alamat kedai:
No 24, Jalan Faedah 25/86,
Taman Seri Muda, Seksyen 25,
40400 Shah Alam, Selangor

Thursday 3 March 2016

CERMIN HADAPAN: PROTON EXORA 1.6 (Tahun 2013)


Alhamdulillah. Terima kasih En. Hasnol (pemilik kereta) di atas sokongan dan kepercayaan kepada Nizam Autoglass.

Ayuh hubungi kami segera di talian 019-2421992 untuk sebutharga percuma! :)

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...