Sunday 20 March 2016

TAHUKAH ANDA #2: Cermin Kenderaan & Haba


Tahukah anda bahawa haba atau panas cahaya matahari juga boleh menyumbang kepada keretakan cermin kereta kesayangan anda?

Ianya boleh terjadi sekiranya anda meletakkan kenderaan di tempat terbuka dimana terpancar sinaran matahari terlalu lama dengan semua tingkapnya ditutup rapat tanpa ruang untuk udara luar masuk. Jika anda membuka pintu kenderaan, udara sejuk dari luar akan menyerbu masuk, manakala udara panas dari dalam pula akan keluar secara serentak.

Udara sejuk yang terkena cermin itu boleh disamakan seperti besi panas disirami air. Walaupun besi tidak pecah tetapi cermin yang terlalu panas itu jika terkena udara sejuk secara tiba-tiba akan merekah dan pecah.

Jadi bagi mengelak cermin retak dan akhirnya pecah, cara paling baik ialah dengan meletak kereta anda di tempat letak kenderaan berbumbung. Sekiranya anda terpaksa meletak kenderaan anda di tempat panas, tutup cermin dengan pelindung khas cahaya matahari yang boleh dibeli dari kedai aksesori atau stesen minyak.

Selain itu, anda juga boleh menutup panel depan kenderaan dengan kain atau kotak yang bukan berwarna gelap.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan cermin kenderaan, hubungi kami di talian 019-2421992.


No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...