KENALI KAMI

Nizam Autoglass Enterprise (NAGEP) telah beroperasi sepenuhnya bermula Februari 2016, bertempat di Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. 3 tahun kemudian, kami telah melebarkan sayap dengan membuka cawangan kedua di Saujana KLIA, Sepang pada September 2019.

  


Bermula Mei 2022, kami telah bertukar ke syarikat sendirian berhad di bawah naungan Nizam Auto Glass Specialist Sdn Bhd.

Pemilik syarikat ini iaitu Encik Ahmad Nizam berpengalaman menukar dan membaiki kerosakan cermin kereta akibat serpihan batu, keretakan dan sebagainya selama hampir 10 tahun. Boleh menukar & membaiki cermin kenderaan tempatan seperti Proton dan Perodua, juga cermin kenderaan luar negara seperti Toyota, Mercedes, BMW dan sebagainya.



Berikut adalah contoh-contoh kerosakan cermin kenderaan yang masih boleh dibaiki:

Sekiranya kerosakan cermin kereta pelanggan adalah lebih teruk dari kerosakan seperti di atas, pelanggan dinasihatkan untuk menukar cermin kereta baharu. Pelanggan juga digalakkan untuk menghubungi Encik Nizam (019-2421992/019-2429392) terlebih dahulu sebelum datang ke kedai.

Kaedah pembayaran yang digunakan di NAGEP adalah seperti berikut:

a) Tunai di Kaunter Kedai
b) Online Transfer
c) Tuntuan Insuran Cermin Kenderaan
d) TouchNGo e-Wallet
e) Kad Debit/Kredit
f) Atome - Ansuran 3 bulan (akan datang)



No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...