Wednesday 14 December 2016

CERMIN KERETA BARU DI TAHUN BARU



Siapa sangka sebutir batu kecil boleh menghasilkan pelbagai seni retakan pada cermin kereta anda! 🤔🤔 Adoi, macam-macam! Pening kepala dibuatnya! Tambahan lagi apabila anda tidak mengambil insuran perlindungan cermin kenderaan. Kalau ada, selesai masalah. Jangan risau.... 📣 Kami di Nizam Autoglass menawarkan servis penukaran cermin kenderaan mengikut spek kilang dengan harga yang BERBALOI-BALOI! 📣 Kami siap bagi workmanship warranty sekiranya terdapat sebarang permasalahan selepas pemasangan cermin kenderaan seperti bocor dimasuki air atau angin. 📣 Kami boleh tukar cermin kenderaan model TEMPATAN dan LUAR NEGARA! Proton, Perodua, Toyota, Honda, Kia, Suzuki, Volkswagen, BMW, Mercedes dan banyak lagi. Tak rugi tukar cermin dengan kami! Ramai yang telah mempercayai kami, anda bila lagi? Ayuh hubungi kami segera untuk sebutharga dan konsultansi percuma!
📲 019-2421992 (Encik Nizam)
📲 019-2429392 (Puan Anis)
Lokasi: Taman Seri Muda,Seksyen 25, Shah Alam

Saturday 22 October 2016

TUKAR CERMIN KERETA MODEL LAMA




Nizam Autoglass turut menerima pelanggan yang ingin membuat penukaran cermin bagi kenderaan model lama.

Namun begitu, kami ingin membuat makluman awal bahawa kebanyakan kereta model lama sudah tiada cermin original. Digantikan dengan cermin tempatan atau dari China. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan cermin tersebut adalah original/tempatan/China ketika memberi sebutharga.

Kualiti setiap cermin adalah lebih kurang sama, yang membezakan hanya lah logo pada cermin tersebut. Semestinya cermin original lebih mahal berbanding cermin tempatan dan keluaran China.
Workmanship warranty akan diberikan. 2 tahun bagi cermin hadapan on /belakang dan 1 tahun bagi cermin tepi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian;

📲 019-2421992 (Encik Nizam) 
📲 019-2429392 (Puan Anis)

Wednesday 12 October 2016

TUKAR CERMIN KERETA DI TEMPAT ANDA








Alhamdulillah, pada hari ini team Nizam Autoglass seharian berada di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan demi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin membuat penukaran cermin di tempat mereka sendiri.

Boleh ke macam tu?

Boleh, insyaAllah! Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan tukar cermin di rumah/lokasi anda, sila aturkan temujanji anda dengan menghubungi nombor di bawah;

📲 019-2421992 (Encik Nizam) 
📲 019-2429392 (Puan Anis)

Perkhidmatan ini hanya available pada hari bekerja sahaja. Tiada caj tambahan dikenakan buat pelanggan yang tinggal di sekitar Shah Alam.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda dengan servis Nizam Autoglass.

Tuesday 4 October 2016

KENAPA ANDA HARUS MEMILIH UNTUK MENUKAR CERMIN KENDERAAN DI NIZAM AUTOGLASS?

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda perlu memilih kami, Nizam Autoglass, sebagai perawat cermin kenderaan kesayangan anda.

1. Kami menukar cermin kenderaan model tempatan dan luar negara mengikut spek kilang dengan harga yang berbaloi.
2. Kami memberikan workmanship warranty untuk setiap penukaran cermin kenderaan .
3. Proses penukaran cermin kenderaan yang menjimatkan masa, maksimum 2 jam.
4. Ruangan menunggu yang selesa untuk pelanggan.
5. Menerima dan memproses kes tuntutan cermin kenderaan, pelanggan hanya perlu menyediakan dokumen sokongan.
6. Staf Nizam Autoglass yang mesra pelanggan dan bersedia membantu serta memberi konsultansi berkenaan cermin kenderaan.

Dan banyak lagi....

Ayuh atur temujanji anda, sila hubungi kami di talian;
📲 019-2421992 (Encik Nizam)
📲 019-2429392 (Puan Anis)

Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Wednesday 28 September 2016

TIPS SELEPAS MENUKAR CERMIN KENDERAAN

Di Nizam Autoglass, kami menasihatkan kepada para pelanggan kami agar tidak melakukan beberapa perkara pada cermin kenderaan yang baru ditukar. Tujuannya adalah untuk memastikan gam yang digunakan pada cermin tersebut kering dan cermin melekat pada body kenderaan dengan sempurna.

Antara tips/pantang selepas penukaran semua jenis cermin kenderaan ialah:

1. Tidak membasuh kereta selama 4-7 hari, bahan kimia pada sabun boleh merosakkan gam yang belum kering pada cermin.
2. Tidak memasang tinted pada cermin selama 4-7 hari.
3. Membuka tape yang ditampal pada cermin selepas 5 jam, bagi yang menukar cermin hadapan/belakang sahaja.
4. Elakkan membawa kenderaan dengan terlalu laju & kasar kerana boleh menyebabkan cermin jatuh ke bawah akibat hentakan.

Nota tambahan:

- Sekiranya menukar cermin pintu, elakkan dari membuka tingkap selama 4 hari.
- Sekiranya menukar cermin belakang, elakkan membuka tingkap semasa memandu selama 4 hari. Tekanan angin yang masuk melalui tingkap semasa memandu boleh merenggangkan cermin  dari body kereta

Sekian sahaja tips selepas menukar cermin kereta dari kami. Untuk sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila pm atau WhatsApp kami di talian;

📲 019-2421992 (Encik Nizam)
📲 019-2429392 (Puan Anis)

Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Friday 23 September 2016

TUKAR CERMIN LORI 1 TAN

Kami turut menerima beberapa jenis cermin lori untuk servis pembaikan atau penukaran.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi;

📲 019-2421992 (Encik Nizam)
📲 019-2429392 (Puan Anis)

Saturday 3 September 2016

JENIS CERMIN YANG DIJUAL DI NIZAM AUTOGLASS


i. CERMIN DOUBLE LAYER (2 Lapis)
Di bengkel kami hanya menjual cermin double layer bagi cermin hadapan kenderaan kerana kami amat mementingkan keselamatan pelanggan-pelanggan kami.
Cermin double layer merupakan dua cermin single layer yang digabungkan. Jika cermin double layer terkena batu atau objek keras, ianya hanya akan menyebabkan retak panjang dan tidak seteruk cermin single layer.
Tiada cermin double layer disediakan untuk cermin tingkap atau cermin segi tiga. Dan hanya ada beberapa model kenderaan luar negara yang menggunakan cermin double layer sebagai cermin belakang (bonet) seperti BMW dan Mercedes.
ii. CERMIN SINGLE LAYER (1 Lapis)
Jenis cermin single layer tidak digalakkan dipasang pada cermin hadapan kenderaan kerana cerminnya yang nipis dan tidak tahan hentakan. Sekiranya terkena hentakan, ia akan pecah berderai. Cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin kereta dan belakang (bonet) kereta.
Pemasangan tinted amat digalakkan untuk cermin single layer kerana tinted dapat menghalang serpihan cermin mencederakan pemandu atau penupang sekiranya cermin pecah.
Hubungi kami di talian 019-2421992 untuk temujanji penukaran cermin kereta kesayangan anda!
Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Monday 29 August 2016

TEMUJANJI DIBUKA UNTUK PENUKARAN CERMIN PADA 31/08/2016




InsyaAllah, kami sedia mengambil temujanji untuk sebarang penukaran atau pembaikan cermin kenderaan pada cuti Hari Kebangsaan (hari Rabu) ini.

Bagi pelanggan yang ingin membuat tuntutan insuran cermin kenderaan, sila sediakan dokumen lengkap dan pastikan insuran anda telah melepasi sebulan tempoh matang (bagi insuran baru) sebelum tiba ke bengkel. Deposit 50% diperlukan bagi setiap penukaran cermin secara tunai.

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk temujanji dan sebutharga percuma!

Lokasi: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Thursday 18 August 2016

PUAS HATI DENGAN SERVIS NIZAM AUTOGLASS





"Servis tukar cermin terbaik, layanan sungguh professional. Amat berpuas hati." - Encik Hasnol

"Terima kasih kerana telah menukar cermin kenderaan ayah saya Proton Perdana. Servis yang baik dan bagus. Recommended." - Encik Hazwan

"Terbaik. Servis cepat, tak sampai 1 jam siap sepenuhnya. Dokumentasi yang mudah untuk urusan tuntutan insuran. Terima kasih." - Encik Razali

"Servis terbaik, efisien tip top, recommend at Shah Alam." - Encik Ikhwan

-----------------------------------------------------------------

Semakin ramai yang mempercayai servis di Nizam Autoglass. Anda bagaimana?

Hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk sebutharga dan konsultansi percuma!

Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Thursday 28 July 2016

JIMAT MASA DENGAN PERKHIDMATAN DI NIZAM AUTOGLASS




Proses penukaran cermin kenderaan di tempat kami hanya mengambil masa dari 1 jam hingga 1 jam 30 minit, bergantung pada jenis cermin yang ingin ditukar.

Manakala proses pembaikan retak pada cermin kenderaan pula mengambil masa selama 30 minit, bergantung pada tahap keretakan yang dibaiki.

Wah, sekejap betul kan? Anda tidak perlu meninggalkan kereta di bengkel, ruang menunggu yang selesa untuk pelanggan telah disediakan. Boleh lah anda membaca majalah atau berehat sebentar sementara menunggu.

NAK LAGI JIMAT MASA?

Kami boleh ke tempat anda untuk mengambil kereta dan menghantar semula kereta anda setelah selesai membuat penukaran cermin kenderaan. Tiada caj tambahan dikenakan bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Shah Alam.

Atau kami boleh terus membuat penukaran cermin di rumah anda. Lagi jimat masa!

Jom, hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam).

Sunday 24 July 2016

REZEKI DI AHAD PAGI




Alhamdulillah, rezeki di awal pagi. Kami baru sahaja selesai membuat penukaran cermin hadapan Proton Persona milik jiran rumah mertua Encik Nizam.

Terima kasih Uncle Faizal kerana sudi bermuamalah dengan Nizam Autoglas! 😊👍

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk konsultansi percuma tentang cermin kenderaan anda

Saturday 23 July 2016

TUKAR CERMIN KERETA SYARIKAT




Alhamdulillah, 4x4 pertama yang mendapatkan servis di tempat kami! Terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan tuan kepada Nizam Autoglass.

Kami juga turut menerima pelanggan yang ingin membuat penukaran cermin untuk kereta milik syarikat.

Sekiranya kereta syarikat tersebut mempunyai insuran cermin kereta, anda perlu melampirkan salinan sijil perniagaan sebagai salah satu dokumen sokongan untuk membuat tuntutan.

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk maklumat lanjut.

Thursday 21 July 2016

BERBALOI-BALOI SERVIS DI NIZAM AUTOGLASS




Alhamdulillah, selesai membuat penukaran cermin hadapan Proton Wira & Honda Civic untuk hari ini.

- Cermin original
- Double layer
- Dapat 2 tahun workmanship warranty
- 1 jam 45 minit
- Boleh claim insuran, tak payah keluar duit sendiri!

Berbaloi bukan? Jom dapatkan servis penukaran cermin kenderaan di Nizam Autoglass. Hubungi 019-2421992 untuk maklumat lanjut.

Wednesday 20 July 2016

2 TAHUN WORKMANSHIP WARRANTY




Nizam Autoglass memberikan 2 tahun 'workmanship warranty' buat pelanggan yang membuat penukaran cermin kereta di bahagian hadapan atau belakang.

Sekiranya berlaku sebarang permasalahan berkenaan pemasangan cermin dalam tempoh 2 tahun, ianya adalah tanggungjawab kami. Dan sekiranya berlaku retak kecil yang masih boleh dibaiki, kami akan membuat pembaikan untuk anda secara PERCUMA!

Ayuh hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam). InsyaAllah, kami akan cuba memberikan servis yang terbaik buat anda!


Wednesday 13 July 2016

UPAH MEMASANG CERMIN KERETA




Sekiranya anda telah membeli cermin kereta sendiri dan memerlukan orang untuk membuat pemasangan. Jangan risau, serahkan sahaja kepada kami!

Dengan harga RM 200 bagi cermin hadapan/belakang, kami memasang cermin kereta anda mengikut spek kilang, menggunakan gam cermin berkualiti yang diimport khas dan memberikan 2 TAHUN workmanship warranty.

Sekiranya berlaku sebarang permasalahan berkenaan pemasangan cermin dalam tempoh 2 tahun, ianya adalah tanggungjawab kami.

Ayuh hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk maklumat lanjut.

Wednesday 29 June 2016

Feedback Dari Pelanggan #5




Alhamdulillah, feedback yang menaikkan semangat dari pemilik Perodua Myvi yang membuat penukaran cermin hadapan semalam.

Terima kasih kerana sudi bermuamalah dengan Nizam Autoglass. Hubungi 019-2421992 untuk konsultansi percuma.

Monday 27 June 2016

Feedback Dari Pelanggan #4


Alhamdulillah, terima kasih di atas feedback yang diberikan. Feedback dari para pelanggan amat bermakna buat kami untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di Nizam Autoglass.


Jom servis cermin kereta kesayangan anda di tempat kami. InsyaAllah berbaloi!

Hubungi 019-2421992 (Encik Nizam) untuk konsultansi percuma.

Friday 24 June 2016

CERMIN PINTU SEGI TIGA




Tahukah anda bahawa perompak selalu menggunakan cara memecahkan cermin pintu segi tiga untuk membuka lock pintu dan mengambil barang berharga yang ditinggalkan di dalam kereta.

Dari sudut positif pula, cermin segi tiga amat membantu dalam kecemasan. Tahun lalu, kerap kali muncul di dada akhbar tentang anak kecil hampir lemas akibat kekurangan oksigen kerana ditinggalkan berseorangan oleh penjaga di dalam kenderaan.

Tentu sekali anak kecil itu tidak tahu cara untuk membuka lock pintu. Cara terbaik untuk membantu adalah dengan memecah cermin pintu segi tiga ini. InsyaAllah, cermin boleh diganti, nyawa tidak sama sekali.

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan cermin kenderaan anda, sila hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam).

Semoga bermanfaat & Salam Jumaat.

Thursday 23 June 2016

TUKAR CERMIN DI RUMAH ANDA




Anda menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar? Cermin kereta perlu rawatan segera namun anda terlalu sebok hingga tiada masa untuk menghantar kereta ke bengkel?
Masalah anda kini selesai! Nizam Autoglass menawarkan perkhidmatan memasang cermin kenderaan di rumah anda!
Biar kami ke tempat anda! Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk maklumat lanjut.

Wednesday 22 June 2016

BEROPERASI SEPERTI BIASA PADA CUTI NUZUL QURAN




InsyaAllah, pada 22 Jun 2016 (Rabu), Nizam Autoglass akan beroperasi seperti biasa bermula jam 10.00 pagi.
Terdapat 1 slot kosong pada waktu petang, sekiranya anda ingin membuat servis tukar/baiki cermin kenderaan, boleh lah menghubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk membuat temujanji.
Penukaran cermin kenderaan hanya mengambil masa selama 1 jam ke 1 jam 45 minit, tidak perlu tinggalkan kereta di bengkel. Sementara menunggu, boleh lah membaca dan mentadabbur Al-Quran serta menghayati Hari Nuzul Quran. Semoga bertambah iman kita, InsyaAllah.
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran” - (QS. Al Baqarah: 185)

Friday 17 June 2016

HARGA TUKAR CERMIN KERETA



Ramai yang masih tidak tahu bahawa harga cermin kereta adalah berbeza mengikut model kereta dan juga jenis cermin. Oleh yang demikian, pelanggan diminta untuk memberikan maklumat lebih terperinci ketika ingin memohon sebutharga. Sila nyatakan: 1. Jenis cermin - cermin hadapan / belakang / tepi dll 2. Model kereta - Saga BLM / Myvi / Vios dll 3. Tahun dikeluarkan 4. Nama syarikat insuran (jika berkaitan) 5. Jumlah perlindungan cermin kereta (jika berkaitan) Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu bagi kami memastikan stok cermin baru anda sudah tersedia sebelum anda tiba di bengkel. 50% deposit diperlukan jika anda menukar cermin kereta tanpa menggunakan insuran.
Proses penukaran cermin kereta mengambil masa selama 1 jam ke 1 jam 45 minit, bergantung kepada jenis cermin yang ditukar. Anda tidak perlu meninggalkan kereta di bengkel.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam). InsyaAllah, kami akan memberikan servis dan layanan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan kami.

Tuesday 14 June 2016

BAIKI RETAK PADA CERMIN KENDERAAN





Adakah anda sudah sedia maklum bahawa retak kecil pada cermin kenderaan anda boleh menyumbang pada keretakan sepanjang 1 jengkal, 2 jengkal, malah lebih panjang daripada itu!!

Ayuh dapatkan rawatan membaiki keretakan pada cermin kerderaan anda dengan segera di Nizam Autoglass Shah Alam.

❗️ Jangan lupa untuk membuka sedikit tingkap untuk aliran udara ketika anda meletakkan kenderaan anda di tempat terbuka.

❗️ Jangan curahkan air ketika cermin kenderaan berada dalam keadaan panas.

❗️ Retak pada cermin kenderaan boleh menjadi lebih serius terutama ia gagal menampung tekanan akibat tekanan angin ketika berkelajuan tinggi.

❗️ Memandu dalam keadaan cuaca panas terik dengan memasangan penyaman udara terlalu kuat dan tiba-tiba membuka tingkap turut menyumbang kepada masalah cermin pecah secara tiba-tiba.

Thursday 9 June 2016

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN INSURAN CERMIN KENDERAAN MELALUI NIZAM AUTOGLASS?


Anda seorang yang bijak sekiranya anda telah mengambil perlindungan cermin kereta tambahan! Untuk membuat tuntutan tersebut, usah risau, kami boleh menguruskannya untuk anda.

Anda hanya perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan sebelum anda ke kedai kami untuk membuat penukaran cermin kenderaan:

INSURAN ETIQA

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan lesen memandu
3. Salinan cover notes

TAKAFUL IKHLAS / TAKAFUL MALAYSIA

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan lesen memandu
3. Salinan cover notes
4. Salinan geran kereta

LAIN-LAIN INSURAN/TAKAFUL

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan lesen memandu
3. Salinan cover notes
4. Salinan geran kereta
5. Salinan report polis

Mudah bukan? Setelah anda menyerahkan dokumen sokongan ini kepada kami, kami bersedia menukar cermin kenderaan baru anda. Lebih kurang 1 jam 30 minit, SIAP!

Anda perlu memaklumkan kepada kami sehari sebelum untuk membuat penukaran cermin kenderaan. Ini adalah untuk kami memastikan stok cermin baru telah tersedia sebelum anda tiba di kedai.

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk maklumat lanjut.

Monday 2 May 2016

Promosi 'Tukar Cermin, Dapat Duit!'






Alhamdulillah, antara kereta-kereta yang turut menyertai Promosi 'Tukar Cermin, Dapat Duit!' by Nizam Autoglass. Semoga rebate RM 100 yang diterima dapat membantu untuk pemasangan tinted pada cermin baru.

Terdapat beberapa model kereta terpilih dan memiliki perlindungan cermin kenderaan RM 500 keatas sahaja yang layak untuk promosi ini. Butirannya adalah seperti dibawah:

PROTON (Wira, Waja, Persona, Gen2, Exora, Savvy & Saga)
PRODUA (Myvi, Viva, Kancil, Kelisa, Kenari & Alza)

Untuk menyertai promosi ini, sila hantarkan kod promosi khas seperti berikut:

Hantarkan 'NAGEP' ke 019-2421992

Sah sehingga 14 Mei 2016.

Sunday 24 April 2016

Feedback Dari Pelanggan #3




Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan dan feedback.

Jom dapatkan perkhidmatan tukar/baiki cermin kenderaan di Nizam Autoglass.

Thursday 21 April 2016

Tukar Cermin PERODUA MYVI, Dapat Duit!!!


Haaaa.... Siapa dekat sini pakai kereta Perodua Myvi?

Berita gembira buat pemilik PERODUA MYVI kerana model kereta anda terpilih di dalam Promosi 'Tukar Cermin, Dapat Cash!' By Nizam Autoglass.

Anda tukar cermin kereta dengan kami, anda dapat CASH! Boleh lah pasang tinted lepas dapat cash nanti, kan? Seronoknya!!!

Caranya mudah sahaja....

Hantarkan ‘NAGEP’ ke 019-2421992

Layari FB Page kami dan klik 'Pinned Post' untuk maklumat lanjut.


Tuesday 19 April 2016

Promosi 'Tukar Cermin, Dapat Duit!'



Alhamdulillah, hari ini ada 2 orang pelanggan kami dapat CASH dengan Promosi 'Tukar Cermin, Dapat Duit!'. Semoga dengan cash tersebut dapat membantu untuk menampung kos pemasangan tinted cermin baru nanti.

Nak jadi macam mereka? Senang sahaja....

Hantarkan 'NAGEP' ke 019-2421992

Hanya buat beberapa model kereta terpilih yang menggunakan perlindungan cermin kenderaan tambahan sahaja!

TUKAR CERMIN HADAPAN: Toyota Vios 2008


Alhamdulillah, selesai menukar cermin hadapan Toyota Vios. Terima kasih buat Encik Zaim kerana mempercayai servis yang disediakan di Nizam Autoglass.

Hubungi Encik Nizam di talian 019-2421992 untuk temujanji.

Monday 18 April 2016

PROMOSI "TUKAR CERMIN, DAPAT DUIT!"

Promosi kaw-kaw dari Nizam Autoglass hingga Mei ini!! Anda tukar cermin, anda dapat ‘CASH’! Jom sms/WhatsApp kod promosi di bawah untuk maklumat lanjut:


Hantarkan ‘NAGEP’ ke 019-2421992
Hantarkan ‘NAGEP’ ke 019-2421992
Hantarkan ‘NAGEP’ ke 019-2421992

Terma & syarat Promosi ‘TUKAR CERMIN, DAPAT DUIT’:

1) Tempoh promosi ini bermula dari 18 April 2016 (Isnin) - 14 Mei 2016 (Sabtu)
2) Khas untuk cermin hadapan bagi model kereta seperti di bawah sahaja:
PROTON (Wira, Waja, Persona, Exora, Savvy & Saga)
PRODUA (Myvi, Viva, Kancil, Kelisa, Kenari & Alza)
3) Cermin yang akan pelanggan akan dapat adalah berjenis original, double layer dan mendapat 2 tahun ‘workmanship warranty’!!!
4) Khas untuk pelanggan yang membuat pembayaran secara tuntutan perlindungan insuran/takaful cermin kereta tambahan sahaja
5) Perlindungan insuran/takaful cermin kereta tambahan dari syarikat Kurnia, Alliance, Berjaya Sompo, Lonpac dan Am Assurance TIDAK layak/termasuk dalam promosi ini.
6) Perlindungan insuran/takaful melebihi RM 500 dan ke atas
7) Cash akan diserahkan setelah selesai sesi penukaran cermin kereta
8) Temujanji untuk penukaran cermin kereta hendaklah dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh penukaran
9) Lokasi penukaran sah di Bengkel Cermin Kereta Nizam Autoglass sahaja





Friday 15 April 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Proton Saga BLM



Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang barakah ini selesai menukar cermin hadapan Proton Saga BLM.

Servis yang disediakan di Nizam Autoglass ialah:
a) Menyelesaikan masalah cermin retak/berlubang
b) Mengganti cermin kenderaan mengikut spek kilang
c) Membaiki masalah cermin bocor
d) Menguruskan tuntutan insuran cermin kenderaan

Hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk sebutharga percuma!

Monday 11 April 2016

TUKAR CERMIN TEPI: Proton Saga FLX




Alhamdulillah, selesai menukar cermin tepi untuk kereta Proton Saga FLX. 

Para pelanggan dinasihati untuk tidak meninggalkan barang berharga ketika parking. Rompakan kenderaan sering berlaku disebabkan perkara tersebut dan rata-rata perompak akan memecahkan cermin tepi/pintu kenderaan.

Cermin tepi/pintu yang mana single layer dicipta untuk tujuan keselamatan. Sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan penumpang terkurung di dalam kenderaan, cermin single layer mudah dipecahkan dengan beberapa hentakan.

Namun ada beberapa individu lain yang tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah memecahkan cermin single layer itu untuk kepentingan dirinya sendiri. Para pelanggan diminta lebih berhati-hati.


Alhamdulillah, banner Nizam Autoglass kini digantung di pagar Masjid Al-Falah Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Jarak bengkel kami dengan masjid ini sangat berdekatan, mengambil masa 5 minit sahaja. Untuk mendapatkan lokasi kami, anda boleh klik 'Get Direction' pada alamat di ruangan 'About' pada FB Page Cermin Kereta Shah Alam - Nizam Autoglass.

Jom hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam) untuk temujanji.

Sunday 10 April 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Naza Ria

Alhamdulillah, selesai menukar cermin hadapan Naza Ria. Terima kasih kerana menyokong dan mempercayai Nizam Autoglass.


Untuk makluman para pelanggan, cermin hadapan yang digunakan oleh kebanyakan kenderaan adalah jenis double layer. 1 lapis di bahagian dalam, 1 lapis di bahagian luar.

Sekiranya berlaku keretakan di bahagian lapisan luar, cermin tersebut masih dapat dibaiki, bergantung pada jenis keretakan. Namun sekiranya keretakan itu berlaku di bahagian lapisan dalam (hentakan dari dalam kenderaan), cermin tersebut tidak dapat dibaiki dan dikategorikan sebagai cermin rosak.

"Bagaimana untuk membezakan cermin double layer dan single layer?"

Mudah sahaja, cermin single layer bersifat 'fragile' di mana pabila terkena hentakan, ianya akan pecah seribu. Manakala cermin double layer hanya akan mengalami retak kecil atau retak besar pabila terkena hentakan.

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Nizam) untuk sebutharga percuma!

Wednesday 6 April 2016

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK TUNTUTAN INSURAN CERMIN KENDERAAN DI NIZAM AUTOGLASS



Seperti yang seringkali kami nyatakan, memang sangat berbaloi sekiranya anda telah sedia ada perlindungan cermin kereta tambahan. Tak rugi sikit pun! Emotikon smile

Namun, anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan dan serahkan kepada kami sebelum proses penukaran cermin dilakukan. Antara dokumen yang diperlukan ialah:

1. ETIQA INSURAN/TAKAFUL
- Salinan IC dan lesen memandu
- Salinan covernote insuran kenderaan
- Salinan borang No. 9 (sekiranya kereta syarikat)

2. TAKAFUL IKHLAS & TAKAFUL MALAYSIA
- Salinan IC dan lesen memandu
- Salinan covernote insuran kenderaan
- Salinan geran (muka hadapan & belakang)
- Salinan borang No. 9 (sekiranya kereta syarikat)

3. LAIN-LAIN INSURAN/TAKAFUL
- Salinan IC dan lesen memandu
- Salinan covernote insuran kenderaan
- Salinan geran (muka hadapan & belakang)
- Laporan polis
- Salinan borang No. 9 (sekiranya kereta syarikat)

Terdapat beberapa syarikat insuran yang kami tidak dapat membuat tuntutan seperti KURNIA, ALLIANCE, BERJAYA SOMPO, LONPAC dan AM ASSURANCE. Ini adalah kerana penukaran cermin boleh dibuat melalui bengkel panel syarikat insuran tersebut sahaja.

Pendapat peribadi tentang syarikat insuran/takaful kenderaan yang terbaik? Semestinya ETIQA INSURAN/TAKAFUL! Saya (Encik Nizam) sendiri menggunakan insuran kenderaan tersebut. Proses tuntutan juga amat mudah dan mesra pelanggan.

Monday 4 April 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Suzuki Grand Vitara


Alhamdulillah, selesai menukar cermin hadapan Suzuki Grand Vitara.

Mudah bukan jika anda sudah sedia mengambil perlindungan cermin kenderaan tambahan? Hanya perlu sediakan beberapa dokumen dan hantarkan dokumen tersebut dan kereta anda kepada kami. Masalah selesai!

Semakin ramai yang mempercayai kami. Anda bagaimana? 😊

Sunday 3 April 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Honda CRV




Alhamdulillah, lewat petang tadi selesai menukar cermin hadapan Honda CRV. Proses penukaran ini diadakan di bengkel kepunyaan sahabat kami di Saujana Impian, Kajang.

InsyaAllah, kami bersedia menerima temujanji untuk menukar cermin kenderaan pada hari Ahad. Namun pelanggan perlu membuat pengesahan temujanji selewatnya hari Jumaat (malam) supaya kami dapat menyediakan cermin baru anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019-2421992 (Nizam).

Saturday 2 April 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Proton Satria Neo


Alhamdulillah, selesai menukar cermin hadapan Proton Satria Neo.

Untuk makluman para pelanggan, selepas anda menukar cermin kenderaan, anda tidak digalakkan untuk memasang tinted pada cermin dan mencuci kereta selama 4 hari. 

'Workmanship Warranty' selama 2 tahun akan diberikan kepada anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan pemasangan cermin, anda boleh datang semula ke kedai kami. Tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran!

Jom tukar cermin kenderaan di Nizam Autoglass? Hubungi 019-2421992 untuk maklumat lanjut.

Friday 1 April 2016

Boleh Minta Sebutharga?

Salam jumaat buat para pelanggan Nizam Autoglass. 





Sekiranya anda ingin meminta sebutharga cermin, anda dinasihatkan untuk memberi beberapa info penting seperti:

Model kereta?
Jenis cermin (hadapan/belakang/tepi)?
Tahun kereta anda dikeluarkan?
Ada insuran atau tidak?
Nama insuran?

Harga yang diberikan adalah untuk cermin original, double layer (cermin hadapan) @ single layer (cermin tepi & belakang) dan telah termasuk kos upah.

Kami juga tidak mengenakan GST kepada para pelanggan kami.

Jom hubungi kami di talian 019-2421992 (Nizam) untuk sebutharga percuma!

Wednesday 30 March 2016

TUKAR CERMIN TEPI: Proton Exora



Alhamduillah, selesai menukar cermin tepi Proton Exora.

Cermin pintu kereta menggunakan cermin jenis single layer (1 lapis) dimana sekiranya terkena hentakan/batu/objek tajam, ianya akan pecah berderai. Bunyinya seperti tidak berkualiti kerana ianya mudah pecah, bukan?

Namun, tahukah anda cermin single layer membantu anda di saat kecemasan. Jika anda terlibat dengan kemalangan di mana kenderaan contohnya terbenam di dalam sungai ataupun laut, cermin single layer mudah dipecahkan dan membantu anda keluar dari kenderaan.

Cermin single layer selalunya dipasang pada bahagian pintu dan belakang kereta, tidak digalakkan pasang pada cermin hadapan. Di bahagian pintu digalakkan untuk menggunakan tint film bagi mengelakkan serpihan cermin kereta daripada terkena mata apabila pecah atau dipecahkan.

Semoga bermanfaat.

Tuesday 29 March 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Produa Myvi




Alhamdulillah, terima kasih Encik Zahiruddin kerana menyokong dan mempercayai kami.

Amat mudah sekiranya anda sudah mempunyai perlindungan cermin kenderaan tambahan. Jika terjadi apa-apa pada cermin kenderaan anda, hantarkan sahaja kepada kami. Tidak perlu risau tentang duit yang akan berlalu pergi.

Hubungi kami segera di talian 019-2421992 (Encik Nizam) atau PM kami untuk sebutharga percuma!

TUNTUTAN INSURAN CERMIN KENDERAAN & NCD (No Claim Discount)

Sekiranya anda mengambil perlindungan insuran cermin kenderaan tambahan, ianya TIDAK akan menjejaskan NCD anda. Anda boleh menyemak semula polisi insuran anda sama ada anda mengambil perlindungan tambahan tersebut ataupun tidak. (rujuk gambar)


Sekiranya anda tidak mengambil perlindungan cermin kenderaan tambahan, anda masih boleh mengambilnya walaupun tempoh insuran anda sudah berjalan.

Yang penting, cermin kenderaan anda mestilah dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan. Anda boleh hubungi agen insuran anda untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

"Boleh ke gunakan tuntutan insuran kenderaan biasa bagi cermin kereta yang pecah/retak?"

BOLEH, namun banyak pula isu berbangkit. Proses tuntutannya lama dan leceh. NCD anda juga akan berkurangan, ianya sangat merugikan! NCD bermaksud diskaun untuk tidak membuat tuntutan. Bukan sikit-sikit yang ada rugi tu. Kalau diskaun NCD dah cecah 55%, memang anda kerugian besar jika buat tuntutan biasa.

Semoga bermanfaat.

Monday 28 March 2016

TUKAR CERMIN BELAKANG: Proton Wira



Alhamdulillah. Selesai menukar cermin belakang kereta Proton Wira. 

Kami boleh menukar dan membaiki kerosakan pada cermin kereta kesayangan anda. Hubungi kami di talian 019-2421992 (Encik Nizam) atau PM untuk maklumat lanjut.

Saturday 26 March 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Produa Myvi



Alhamdulillah, selesai menukar cermin hadapan Produa Myvi milik Encik Ramzi. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan tuan kepada kami.

Buat pelanggan yang ingin mendapatkan servis membaiki masalah cermin kereta dari kami, sila hubungi Encik Nizam di talian 019-2421992.

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...