Tuesday 24 December 2019

Image may contain: 1 person, smiling


Dapatkan kalendar Tahun 2020 secara percuma di 
Nizam Autoglass Shah Alam & 
Nizam Autoglass Sepang. 

Sementara stok masih ada!

SEBELUM MASUK TAHUN BARU, CERMIN KERETA PUN KITA KASI BARUUU...!

Image may contain: car and outdoor




Abang kakak yg cermin kereta dah berlubang kena batu, retak pun dah menjalar panjang dari hujung ke hujung, calar balar kena pasir bila wiper terpasang sendiri. Dah elok sangat dah tu kalau nak tukar cermin kereta. Sakit mata memandang semasa memandu bila cermin kereta tak clear ni, kan?

Harga tukar cermin kenderaan yang berbaloi, siap ada workmanship warranty!

Ada ambil cover insuran cermin kenderaan? Itu lagi untung! Kalau cover cukup, tak payah tambah cash lagi dah. Sediakan je dokumen sokongan yang diperlukan, yang lain biar team kami yang settle kan. Kalau cover besar, boleh claim dengan tinted sekali tau! Dengan syarat, cermin lama pun ada tinted juga. 😉

JOM ROGER KAMI! Kita bincang lagi lanjut dalam WhatsApp. Klik link di bawah, kami sedia memberi konsultasi percuma kepada anda 👇🏻

📲 Puan Anis

📲 Encik Nizam

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang


Friday 1 November 2019

BOLEH SETTLE KAN CERMIN KERETA SAYA?

Image may contain: car



Seperti yang semua pelanggan sedia maklum, bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass menawarkan servis pembaikan & penukaran cermin kenderaan model tempatan mahupun model luar negara mengikut spek kilang.

Sekiranya anda mempunyai kenderaan (kereta) jenis 'rare' dan ingin mendapatkan servis cermin kenderaan dari kami, boleh lah hubungi kami dahulu untuk menyemak stok cermin model kenderaan anda.

Macam dalam gambar yang kami sertakan ini, pelanggan kami dari Rawang ni mendapatkan servis penukaran cermin hadapan kereta Renault Captur. Beliau membuat tuntutan insuran dengan syarikat Takaful Ikhlas. Sediakan beberapa dokumen sokongan, yang lain semua kami settle kan.

Sebaiknya kereta jenis 'rare' ni amat digalakkan mengambil insuran cermin kenderaan, sebab cerminnya pun 'mahei-mahei' baq hang! Kereta jenis tak 'rare' dan yang ramai orang pakai pun mesti juga ambil insuran cermin, memudahkan kita juga di masa akan datang. Yelah, cermin ni bukan kira kita tengah ada duit ke, takde duit ke, baru nak pecah. Sediakan payung sebelum hujan ya! 😉

Untuk mendapatkan konsultasi percuma berkenaan cermin kenderaan ke, nak tanya berapa perlindungan yang sesuai untuk cermin kenderaan anda @ nak tanya sebutharga je dulu dari Nizam Autoglass? Klik je link Whatsapp di bawah, kami sedia menyantuni anda 👇🏻

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang

Tuesday 22 October 2019

CELAH CERMIN MASUK AIR BILA HUJAN

Image may contain: one or more people and car



Siapa pernah hadapi masalah cermin bocor? Masuk angin/air. Selalunya kalau masuk angin tu kita tak berapa perasan, bila hujan baru perasan cermin bocor apabila celah cermin kenderaan kita dimasuki air. Kebiasaannya berlaku untuk cermin hadapan.

Jom, di sini kami sertakan beberapa situasi yang boleh menyebabkan cermin kenderaan kita bocor masuk angin/air.

SITUASI 1️⃣: Sekeliling frame cermin dah berkarat. Ini berlaku untuk kereta lama, dah lebih 10 tahun. Kena buang karat tu, selagi karat tu masih ada, selagi itu ianya akan menghalang cermin melekat pada body kereta dengan sempurna.

Untuk kes ini, pertama sekali kami akan buka cermin. Hilangkan karat pada frame, kemudian pasang semula cermin. Kos buka pasang semula adalah RM180, manakala buang karat RM50 termasuk 2 tahun workmanship warranty.

SITUASI 2️⃣: Teknik pemasangan cermin yang kurang tepat & teliti. Pabila ada customer baru yang menghubungi kami mengadu berkenaan cermin bocor ni, kami akan bertanya pernahkan beliau mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan sebelum ini. Sekiranya YA, pastinya cermin kereta bocor disebabkan kes ini. Kena buka dan pasang balik cermin. Kosnya adalah RM180.

Buat customer yang mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan di Nizam Autoglass, kami akan berikan workmanship warranty selama 2 tahun. Jadinya, untuk kes seperti ini, boleh claim warranty. Berbaloi-baloi kan? 😁

SITUASI 3️⃣: Ambil ringan dengan tips @ pantang larang selepas penukaran cermin kenderaan. Kami ada menyenaraikan beberapa perkara yang dinasihatkan untuk tidak dibuat selepas membuat penukaran cermin kenderaan. Boleh rujuk post seperti link di bawah 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.facebook.com/465774863607615/posts/1152934648224963?sfns=mo

Namun sekiranya kenderaan anda dimasuki air dari ruangan lain, boleh jadi disebabkan aircond atau lain-lain sebab. Yang itu kena check dengan bengkel kereta biasa ya. Sebab kami adalah windscreen specialist, hal-hal berkaitan cermin kenderaan boleh roger-roger kami ya!

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang

Friday 4 October 2019

CERMIN HADAPAN KENDERAAN ANDA

Image may contain: one or more people and indoor



Haa, dalam gambar ni kami tunjukkan macam mana rupa cermin double layer (cermin 2 lapis). Ya, cermin jenis ini lah yang digunakan pada cermin hadapan kereta anda.

Cermin double layer ni, kalau terkena batu, retaknya akan memanjang & menjalar. Sebab yang retak tu hanya layer belah luar sahaja, layer dalam masih okay.

Ada beberapa model kereta lama yang masih menggunakan cermin single layer (1 lapis) pada cermin hadapan contohnya Perodua Kancil & Proton Wira. Namun usah bimbang, sekiranya anda mendapatkan servis penukaran cermin hadapan di Nizam Autoglass, kami akan menggantikannya dengan cermin double layer.

Cermin single layer ni kalau terkena batu, memang pecah berderai, retak seribu! Macam cermin tingkap & cermin belakang. Bayangkan sekiranya cermin hadapan jenis single layer ni tiba-tiba pecah terkena batu ketika sedang memandu di jalan raya. Fuhh, memang bahaya!

Berminat nak dapatkan servis pembaikan cermin kenderaan dari Nizam Autoglass? Atau perlukan konsultasi percuma berkenaan cermin kenderaan dari kami? Ayuh hubungi kami segera 👇🏻

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang


Wednesday 25 September 2019

TIPS SELEPAS MENUKAR CERMIN KENDERAAN

Image may contain: 2 people


Di Nizam Autoglass, kami menasihatkan kepada para pelanggan kami agar tidak melakukan beberapa perkara pada cermin kenderaan yang baru ditukar. Tujuannya adalah untuk memastikan gam yang digunakan pada cermin tersebut kering dan cermin melekat pada body kenderaan dengan sempurna.

Antara tips/pantang selepas penukaran semua jenis cermin kenderaan ialah:

1. Tidak membasuh kereta selama 4-7 hari.
2. Tidak memasang tinted pada cermin selama 4-7 hari.
3. Membuka tape yang ditampal pada cermin selepas 5 jam, bagi yang menukar cermin hadapan/belakang sahaja.
4. Elakkan membawa kenderaan dengan terlalu laju & kasar kerana boleh menyebabkan cermin jatuh ke bawah akibat hentakan.

Nota tambahan:

- Sekiranya menukar cermin pintu, elakkan dari membuka tingkap selama 2 hari.
- Sekiranya menukar cermin belakang, elakkan membuka tingkap semasa memandu selama 4 hari. Tekanan angin yang masuk melalui tingkap semasa memandu boleh merenggangkan cermin dari body kereta

Sekian sahaja tips selepas menukar cermin kereta dari kami. Untuk sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila pm atau WhatsApp kami di dengan klik link di bawah

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (AKAN DIBUKA)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

Saturday 21 September 2019

TUKAR CERMIN KERETA DI BENGKEL KAMI @ DI LOKASI ANDA

Image may contain: one or more people, car, tree and outdoor



Image may contain: car and outdoor

"Alang-alang nak keluar bawa family jalan-jalan & shopping, singgah kejap lah tukar cermin kereta."


"Malas betul nak keluar bila hujung minggu, nak rehat je kat rumah. Tapi cermin kereta retak nak kena tukar ni, panggil orang datang rumah jelah."

Boleh! Dua-dua boleh! Memang ada yang jenis kaki jalan, hujung minggu je jalan tak lekat kat rumah. Ada juga lebih suka menghabiskan masa di rumah ketika hujung minggu.

Tapi kalau bab nak tukar cermin kereta, anda boleh inform je kami, anda team yang mana satu. Nak ke bengkel kami terus ke atau anda mahu kami ke lokasi anda. Tapi ada extra charge ya. 😉

Jangan pening-pening bab nak tukar cermin kereta ni. Serahkan sahaja pada Nizam Autoglass. Ayuh hubungi kami segera dengan menekan link WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut 👇🏻

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (AKAN DIBUKA)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass


Monday 9 September 2019

SEBALIK TABIR: NIZAM AUTOGLASS SEPANG

Image may contain: car and outdoor



Hari ini bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass Shah Alam tidak beroperasi demi memberi ruang kepada team kami untuk bergotong royong di cawangan baru yg akan dibuka di Sepang dalam masa yang terdekat.


Tarikh pelancaran pembukaan bengkel Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass akan dimaklumkan kemudian.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis pembaikan & penukaran cermin kenderaan di Nizam Autoglass, atau ingin mendapatkan sebutharga percuma, klik sahaja link WhatsApp di bawah 
👇🏻


📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (Akan Dibuka: September 2019)
Taman Saujana KLIA, Sepang

Tuesday 27 August 2019

BERHARI MERDEKA DI NIZAM AUTOGLASS

Image may contain: 1 person, car and outdoor



Bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass akan beroperasi seperti biasa pada cuti hari Kemerdekaan yang ke-62 ini bersamaan;


31 OGOS 2019 (Sabtu)

Masih tinggal beberapa slot kosong untuk sesi petang. Ayuh atur temujanji segera untuk mendapatkan servis pembaikan & penukaran cermin yang thorbaikkk buat kereta kesayangan anda!

Jangan lupa dapatkan bendera Malaysia secara percuma dari Nizam Autoglass, khas untuk yang mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan di bengkel kami, sementara stok masih ada!



📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (Akan Dibuka: September 2019)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

Wednesday 21 August 2019

Image may contain: 1 person, standing, outdoor and indoor



Tumpang lalu kejap..... 🚒🚨

Pada waktu ini, team Nizam Autoglass berada di Balai Bomba & Penyelamat Puchong untuk servis penukaran cermin hadapan lori bomba. Agak-agak lori berapa tan ni ya?

Lori besar, lori kecik, kereta biasa. Model tempatan @ model luar negara. InsyaAllah kami boleh selesaikan masalah pada cermin kenderaan anda.

Apa tunggu lagi, jom hubungi kami segera!

📲 Encik Nizam

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (Akan Dibuka: September 2019)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

Wednesday 14 August 2019

CLAIM INSURAN UNTUK KENDERAAN MILIK SYARIKAT

Image may contain: outdoor

Kenderaan atas nama syarikat ni bukan sahaja terhad untuk lori mahupun van, kereta biasa juga ada yang dibeli atas nama syarikat. Pastinya anda lebih peka dengan mengambil insuran cermin pada kenderaan milik syarikat, bukan?

Mudah sahaja untuk membuat tuntutan cermin kenderaan milik syarikat dengan Nizam Autoglass. Let's check it out! 👇🏻

1️⃣ Hantarkan gambar covernote kenderaan kepada kami untuk membuat beberapa semakan.

2️⃣ Tarikh & waktu temujanji penukaran cermin kenderaan ditetapkan.

3️⃣ Anda diminta membawa kenderaan serta dokumen sokongan pada hari temujanji. Dokumen adalah seperti berikut:
- Salinan Covernote Insuran
- Salinan IC & Lesen Pemandu
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
- Chop Syarikat
- Salinan Geran Kereta (sekiranya diperlukan)
- Laporan Polis (sekiranya diperlukan)

4️⃣ Proses penukaran cermin kenderaan mengambil masa sehingga dua jam. Nak tunggu boleh, nak hantar pagi & ambil petang pun boleh. Nak kami ke lokasi anda pun boleh. Tapi ada extra charge ya. 😉

Mudahnya nak claim insuran cermin dengan bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass. Apa tunggu lagi, jom hubungi kami segera!

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (Akan Dibuka: September 2019)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

Wednesday 7 August 2019

CUTI HARI RAYA AIDILADHA

Image may contain: car



Assalamualaikum. Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass akan bercuti sempena Hari Raya AidilAdha seperti butiran di bawah:

10 hingga 12 OGOS 2019

Bengkel akan beroperasi seperti biasa pada 13 OGOS 2019 (Selasa), pada jam 10 pagi.

Masih sempat buat anda yang ingin mendapatkan servis pembaikan dan penukaran cermin kenderaan sebelum pulang ke kampong halaman. Nak tanya harga dulu? Boleh. Hanya perlu klik link WhatsApp di bawah 👇🏻

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (Akan Dibuka: September 2019)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

Monday 5 August 2019

Image may contain: car and outdoor



Alhamdulillah, selesai penukaran cermin hadapan Mitsubishi Pajero Exceed dan repair crack cermin hadapan Perodua Alza di Semenyih.

Selepas ini kami akan bergerak ke Banting pula untuk penukaran cermin hadapan Hyundai Trajet.

Untuk door-to-door servis seperti ini, kami ada mengenakan tambahan kepada pelanggan. Servis ini amat sesuai buat pelanggan yang mempunyai kekangan masa untuk ke bengkel kami. Jangan risau, biar kami ke lokasi anda. Jadikan masalah anda, masalah kami. 😉😁

Buat pelanggan yang berhajat untuk ke bengkel, bengkel dibuka seperti biasa. Ada 2 staf kami mengunggu di bengkel, sedia untuk menyantuni anda.

Nak tanya harga dulu? Eh boleh. Hanya perlu klik link WhatsApp di bawah 👇🏻

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (Akan Dibuka: September 2019)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

Sunday 4 August 2019

CAWANGAN KEDUA NIZAM AUTOGLASS



Assalamualaikum semua! 🤗


InsyaAllah, bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass akan melebarkan sayap dengan membuka cawangan kedua kami di Kota Warisan, Sepang!

Image may contain: 1 person

Sokongan dan kepercayaan anda semua yang membuat kami sampai ke tahap ini. Jutaan terima kasih dan jazakallahu khairan kathira diucapkan buat semua.

Nantikan pembukaan cawangan kedua ini pada SEPTEMBER 2019. InsyaAllah.

📲 En Syahmi (Pengurus)
http://nizamautoglasskotawarisan.wasap.my

📲 En Nizam
http://nizamautoglass.wasap.my

📍 Lokasi bengkel
No. 2A, Jalan Saujana KLIA 1/A,
Taman Saujana KLIA,
43900 Sepang, Selangor

Saturday 27 July 2019

CUTI HARI PERTABALAN YDA

Image may contain: car and outdoor




InsyaAllah, demi meraikan permintaan para pelanggan kami, kami akan beroperasi SEPARUH HARI pada hari Selasa hadapan (30 Julai 2019), sempena Cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

Terdapat 2 SLOT KOSONG lagi pada hari tersebut, jadi sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan mahupun pembaikan retak kecil pada cermin, boleh lah segera menghubungi kami melalui link WhatsApp di bawah:

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my

📍Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Friday 26 July 2019

CERMIN KECIK PUN NAK CLAIM INSURAN?

  Image may contain: one or more people

Ehh, boleh! Siapa kata tak boleh. Tuntutan insuran cermin kenderaan ni bukan terhad untuk cermin hadapan sahaja ya tuan puan, cermin belakang boleh, cermin tingkap boleh. 

Ada sesetengah model kereta terutamanya buatan luar negara, cermin kecil ni nampak je kecil, tapi harganya mahal! Dah ambil insuran cermin kan, boleh sahaja gunakan untuk membuat tuntutan. Yang penting, dokumen sokongan kena lengkap. Settle!

Dokumen sokongan untuk membuat tuntutan cermin kenderaan:
1) Salinan IC pemilik
2) Salinan lesen memandu pemilik
3) Salinan covernote insuran
4) Salinan geran kereta
5) Laporan polis (sekiranya diperlukan)

Ayuh hubungi kami segera untuk temujanji dan mendapatkan sebutharga percuma, kami akan cuba menyantuni anda segera!



📍Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Wednesday 10 July 2019

AYUH KAMI KE LOKASI ANDA!

Image may contain: car and outdoor

Kini team Nizam Autoglass berada di Nilai, Negeri Sembilan untuk penukaran cermin hadapan dua buah kenderaan. Bergilir nak solat maghrib kejap ni. 😁

Walaupun sudah tamat waktu bengkel kami beroperasi, insyaAllah kami tetap menerima permintaan pelanggan yang mempunyai kekangan masa ke bengkel kami untuk mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan. Namun temujanji awal perlu dibuat terlebih dahulu. InsyaAllah, benda boleh adjust. 👍🏻👍🏻👍🏻

Buat anda yang mengalami masalah yang sama, hari biasa sibuk bekerja, hari minggu pula tak berkesempatan ke bengkel. Retak kat cermin tu dah nak sampai hujung ke hujung dah tu. Apa tunggu lagi, jom roger kami....!

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Friday 24 May 2019

EDARAN BUBUR LAMBUK PERCUMA

No photo description available.

InsyaAllah, pada petang ini team Nizam Autoglass akan membuat edaran bubur lambuk. Sekiranya anda ada melalui kawasan yang dinyatakan, boleh lah dapatkan bubur lambuk percuma dari kami! 😁

Semoga amal ibadah kita dalam Ramadhan ini diterima olehNya. Amin...

Thursday 23 May 2019

"TAKPE, KECIK JE RETAKNYE NI!"

No photo description available.

Anda rasa retak kecil pada cermin kereta anda yang sebesar syiling 20 sen ini comel dan tidak perlu pembaikan segera? 

Tahukah anda retak secomel ini boleh merebak panjang dengan sangat cepat. Tambahan lagi dengan cuaca panas sekarang ni. Pagi kita park kereta di tempt kerja retaknya masih comel, bila kita kembali semula ke kereta selepas tamat waktu bekerja, tahu-tahu retak tu dah panjaaaang menjela. Aduduh, nak kena buat apa ni?

Retak yang panjangnya melebihi sejengkal jari dah tak dapat dibaiki tau. Jadi sekiranya cermin kereta anda baru sahaja retak terkena batu @ sebarang objek tajam, sebaiknya dibawa untuk pembaikan segera di bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass. Kita tutup 'jerawat' kat cermin kereta tu. Macam dapat cermin baruuuu! 👍🏻👍🏻👍🏻

Mari bertindak segera! Hubungi kami untuk sebutharga dan konsultasi percuma. Tekan link di bawah, insyaAllah kami cuba menyantuni anda secepat mungkin...

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Tuesday 19 March 2019

TIADA MASA NAK DATANG TUKAR CERMIN KERETA?

Image may contain: car and outdoor



Walaupun waktu operasi bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass Shah Alam telah tamat pada jam 6.00 petang tadi, tapi kami masih bekerja memenuhi permintaan pelanggan untuk membuat penukaran cermin kenderaan di lokasi pilihan.

Sekiranya anda mengalami kekangan masa dek kesibukan kerja dan tidak berkesempatan ke bengkel, atau tidak yakin membawa kereta kerana cermin kereta telah pecah seribu. Hurm, masalah juga tu...

Jangan risau, serahkan pada kami, kami sedia membuat servis tersebut ke lokasi anda! Buat tepi jalan macam dalam gambar ni pun boleh. Orang lain yang lalu lalang tepi-tepi tu boleh tengok sendiri hasil kerja team Nizam Autoglass yang insyaAllah TERBAIKKK 👍🏻👍🏻👍🏻

Namun temujanji awal perlu dibuat ya, sekurang-kurangnya 2 hari sebelum untuk menyemak slot kosong serta memberi ruang buat kami menyediakan stok cermin baharu untuk anda! Servis ini hanya untuk penukaran cermin hadapan @ belakang sahaja ya.

Jom bincang lebih lanjut tentang temujanji kita di WhatsApp 👇🏻👇🏻👇🏻

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

Lokasi bengkel:
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...