Tuesday 22 October 2019

CELAH CERMIN MASUK AIR BILA HUJAN

Image may contain: one or more people and car



Siapa pernah hadapi masalah cermin bocor? Masuk angin/air. Selalunya kalau masuk angin tu kita tak berapa perasan, bila hujan baru perasan cermin bocor apabila celah cermin kenderaan kita dimasuki air. Kebiasaannya berlaku untuk cermin hadapan.

Jom, di sini kami sertakan beberapa situasi yang boleh menyebabkan cermin kenderaan kita bocor masuk angin/air.

SITUASI 1️⃣: Sekeliling frame cermin dah berkarat. Ini berlaku untuk kereta lama, dah lebih 10 tahun. Kena buang karat tu, selagi karat tu masih ada, selagi itu ianya akan menghalang cermin melekat pada body kereta dengan sempurna.

Untuk kes ini, pertama sekali kami akan buka cermin. Hilangkan karat pada frame, kemudian pasang semula cermin. Kos buka pasang semula adalah RM180, manakala buang karat RM50 termasuk 2 tahun workmanship warranty.

SITUASI 2️⃣: Teknik pemasangan cermin yang kurang tepat & teliti. Pabila ada customer baru yang menghubungi kami mengadu berkenaan cermin bocor ni, kami akan bertanya pernahkan beliau mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan sebelum ini. Sekiranya YA, pastinya cermin kereta bocor disebabkan kes ini. Kena buka dan pasang balik cermin. Kosnya adalah RM180.

Buat customer yang mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan di Nizam Autoglass, kami akan berikan workmanship warranty selama 2 tahun. Jadinya, untuk kes seperti ini, boleh claim warranty. Berbaloi-baloi kan? 😁

SITUASI 3️⃣: Ambil ringan dengan tips @ pantang larang selepas penukaran cermin kenderaan. Kami ada menyenaraikan beberapa perkara yang dinasihatkan untuk tidak dibuat selepas membuat penukaran cermin kenderaan. Boleh rujuk post seperti link di bawah 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.facebook.com/465774863607615/posts/1152934648224963?sfns=mo

Namun sekiranya kenderaan anda dimasuki air dari ruangan lain, boleh jadi disebabkan aircond atau lain-lain sebab. Yang itu kena check dengan bengkel kereta biasa ya. Sebab kami adalah windscreen specialist, hal-hal berkaitan cermin kenderaan boleh roger-roger kami ya!

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang

Friday 4 October 2019

CERMIN HADAPAN KENDERAAN ANDA

Image may contain: one or more people and indoor



Haa, dalam gambar ni kami tunjukkan macam mana rupa cermin double layer (cermin 2 lapis). Ya, cermin jenis ini lah yang digunakan pada cermin hadapan kereta anda.

Cermin double layer ni, kalau terkena batu, retaknya akan memanjang & menjalar. Sebab yang retak tu hanya layer belah luar sahaja, layer dalam masih okay.

Ada beberapa model kereta lama yang masih menggunakan cermin single layer (1 lapis) pada cermin hadapan contohnya Perodua Kancil & Proton Wira. Namun usah bimbang, sekiranya anda mendapatkan servis penukaran cermin hadapan di Nizam Autoglass, kami akan menggantikannya dengan cermin double layer.

Cermin single layer ni kalau terkena batu, memang pecah berderai, retak seribu! Macam cermin tingkap & cermin belakang. Bayangkan sekiranya cermin hadapan jenis single layer ni tiba-tiba pecah terkena batu ketika sedang memandu di jalan raya. Fuhh, memang bahaya!

Berminat nak dapatkan servis pembaikan cermin kenderaan dari Nizam Autoglass? Atau perlukan konsultasi percuma berkenaan cermin kenderaan dari kami? Ayuh hubungi kami segera 👇🏻

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang


TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...