Friday 16 March 2018

TUKAR CERMIN KERETA DI LOKASI ANDA!

Image may contain: car and outdoor

TUKAR CERMIN KERETA DI LOKASI ANDA

Ramai pelanggan yang bertanya, bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass masih lagi buat perkhidmatan penukaran cermin kereta di rumah/lokasi pelanggan ataupun tidak? Jawapannya, YA! Kami masih menyediakan servis tersebut.

Kami boleh cover kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di Nilai, Negeri Sembilan pun kami masuk juga ya. InsyaAllah, tiada masalah. Kerana kami amat menghargai pelanggan yang benar-benar percaya dan menginginkan servis dari Nizam Autoglass. 😊👏🏻👏🏻

Namun temujanji awal perlu dibuat dan terdapat caj tambahan akan dikenakan kepada pelanggan. Hanya untuk penukaran cermin kenderaan di bahagian hadapan dan belakang sahaja.

Untuk pelanggan di sekitar Shah Alam, kami akan mengambil kenderaan di lokasi anda dan menghantar semula selepas selesai sesi penukaran cermin baru. Tiada sebarang caj dikenakan.

Ingin mendapatkan info lanjut berkenaan servis yang terdapat di Nizam Autoglass? Jom cepat- cepat hubungi kami di talian....

Puan Anis

Encik Nizam

Lokasi bengkel:
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Tuesday 13 March 2018

BAYAR 15% JE DARI JUMLAH COVERAGE!


Jom kita layan gambar di atas ni dulu. Gambar ni diambil pada minggu lepas. Penukaran cermin hadapan kereta Perodua Alza milik pasangan berbangsa India.

 Ceritanya ketika si suami sedang memandu, ada batu besar dari lori hadapan kereta seakan dibaling dan menembusi cermin hadapan kereta lalu terkena pada si isteri yang sedang mengandung. Tak tahu lah kes aniaya atau sekadar kemalangan. Luckily, tiada sebarang kecederaan serius pada mangsa.

 Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Itulah pentingnya kita sentiasa bersedia dengan mengambil perlindungan insuran. Insuran cermin kenderaan adalah insuran tambahan, kita perlu maklumkan pada ejen untuk cover cermin sekali. Ada ejen insuran yang peka, mereka akan siap-siap masukkan dalam quotation.

 Untuk insuran cermin kenderaan, kita hanya perlu membayar 15% dari jumlah perlindungan. Sebagai contoh untuk cermin hadapan kereta Perodua Myvi:

 Jumlah coverage = RM 500
 Jumlah yang perlu dibayar = RM 75

 Tak mahal pon, cermin kereta ni jadi mahal bila kita bayar secara tunai. Antara jumlah RM 75 dan RM 500, mana yang kita lebih sanggup keluarkan?

 Belajar sesuatu?

Jom kita hubungi ejen insuran kenderaan masing-masing untuk tambah insuran cermin kenderaan. Kalau baru renew insuran dan terlupa nak tambah insuran cermin pun tak apa, boleh tambah, nanti pihak insuran akan keluarkan 'Endorsement Letter'. Dengan syarat, cermin kenderaan anda mestilah masih dalam keadaan baik!

 Disclaimer: Nizam Autoglass tidak menyediakan servis renew roadtax & insuran kenderaan. Tapi kalau nak claim insuran cermin kenderaan, boleh roger-roger kami. Tambahan pula, kami adalah BENGKEL PANEL SAH ETIQA INSURAN & TAKAFUL 

Sunday 11 March 2018

ANNIVERSARY SALE NIZAM AUTOGLASS



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi, di atas limpah kurnia dan rahmatNya majlis ulangtahun kedua bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass telah berjalan dengan jayanya.





Jutaan terima kasih buat para pelanggan yang telah membuat temujanji dan menjayakan Anniversary Sale ini. Sebanyak 20 kereta yang telah mendapatkan servis penukaran cermin kereta semalam. Sokongan dan kepercayaan anda pada servis kami amatlah dihargai dan menjadi pendorong semangat kami untuk terus maju ke hadapan.

Maklum balas berkenaan servis di Nizam Autoglass sangat dialu-alukan. Kami mohon maaf sekiraya terdapat kekurangan dari pihak kami. InsyaAllah akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa.







Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, silah hubungi kami di talian 019-2421992 @ 019-2429392. Atau sila klik link WhatsApp di bawah:

http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

Lokasi bengkel:
 Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Tuesday 6 March 2018

2ND ANNIVERSARY SALE



Haaa, kalau anda berhajat untuk membuat penukaran cermin kereta dengan bajet minimum, inilah masanya! Rebut cepat-cepat harga runtuh sempena Anniversary Sale Nizam Autoglass ni!

Apa yang menarik sangat tu??? 

💰 10% CASHBACK bagi setiap penukaran cermin kenderaan
⛽️ RM 50 PETROL REBATE bagi pelanggan yang membuat tuntutan insuran cermin kenderaan
🍹 TEA TREATS, boleh makan-makan sampai buncit sementara menunggu staf kami membaiki cermin kenderaan anda! 
💝 FREE GIFT 
🍀 CABUTAN BERTUAH

Haaaa, jangan ketinggalan tau! Promosi ini sah hanya pada 10 MAC 2018 dan terhad untuk 15 BUAH KERETA sahaja! Tinggal beberapa slot kosong je lagi. Jom cepat-cepat hubungi kami untuk info lanjut....

Klik link WhatsApp di bawah:

Lokasi bengkel:
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Thursday 1 March 2018

WIPER BERKUALITI TINGGI!



Ingin menggunakan wiper cermin kenderaan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan? Ya, kini anda boleh mendapatkannya di Bengkel Servis Cermin Kenderaan Nizam Autoglass!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut...

http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

Lokasi bengkel:
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...