Wednesday 25 September 2019

TIPS SELEPAS MENUKAR CERMIN KENDERAAN

Image may contain: 2 people


Di Nizam Autoglass, kami menasihatkan kepada para pelanggan kami agar tidak melakukan beberapa perkara pada cermin kenderaan yang baru ditukar. Tujuannya adalah untuk memastikan gam yang digunakan pada cermin tersebut kering dan cermin melekat pada body kenderaan dengan sempurna.

Antara tips/pantang selepas penukaran semua jenis cermin kenderaan ialah:

1. Tidak membasuh kereta selama 4-7 hari.
2. Tidak memasang tinted pada cermin selama 4-7 hari.
3. Membuka tape yang ditampal pada cermin selepas 5 jam, bagi yang menukar cermin hadapan/belakang sahaja.
4. Elakkan membawa kenderaan dengan terlalu laju & kasar kerana boleh menyebabkan cermin jatuh ke bawah akibat hentakan.

Nota tambahan:

- Sekiranya menukar cermin pintu, elakkan dari membuka tingkap selama 2 hari.
- Sekiranya menukar cermin belakang, elakkan membuka tingkap semasa memandu selama 4 hari. Tekanan angin yang masuk melalui tingkap semasa memandu boleh merenggangkan cermin dari body kereta

Sekian sahaja tips selepas menukar cermin kereta dari kami. Untuk sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila pm atau WhatsApp kami di dengan klik link di bawah

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (AKAN DIBUKA)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

Saturday 21 September 2019

TUKAR CERMIN KERETA DI BENGKEL KAMI @ DI LOKASI ANDA

Image may contain: one or more people, car, tree and outdoor



Image may contain: car and outdoor

"Alang-alang nak keluar bawa family jalan-jalan & shopping, singgah kejap lah tukar cermin kereta."


"Malas betul nak keluar bila hujung minggu, nak rehat je kat rumah. Tapi cermin kereta retak nak kena tukar ni, panggil orang datang rumah jelah."

Boleh! Dua-dua boleh! Memang ada yang jenis kaki jalan, hujung minggu je jalan tak lekat kat rumah. Ada juga lebih suka menghabiskan masa di rumah ketika hujung minggu.

Tapi kalau bab nak tukar cermin kereta, anda boleh inform je kami, anda team yang mana satu. Nak ke bengkel kami terus ke atau anda mahu kami ke lokasi anda. Tapi ada extra charge ya. 😉

Jangan pening-pening bab nak tukar cermin kereta ni. Serahkan sahaja pada Nizam Autoglass. Ayuh hubungi kami segera dengan menekan link WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut 👇🏻

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (AKAN DIBUKA)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass


Monday 9 September 2019

SEBALIK TABIR: NIZAM AUTOGLASS SEPANG

Image may contain: car and outdoor



Hari ini bengkel servis cermin kenderaan Nizam Autoglass Shah Alam tidak beroperasi demi memberi ruang kepada team kami untuk bergotong royong di cawangan baru yg akan dibuka di Sepang dalam masa yang terdekat.


Tarikh pelancaran pembukaan bengkel Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass akan dimaklumkan kemudian.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis pembaikan & penukaran cermin kenderaan di Nizam Autoglass, atau ingin mendapatkan sebutharga percuma, klik sahaja link WhatsApp di bawah 
👇🏻


📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (Akan Dibuka: September 2019)
Taman Saujana KLIA, Sepang

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...