Wednesday 25 September 2019

TIPS SELEPAS MENUKAR CERMIN KENDERAAN

Image may contain: 2 people


Di Nizam Autoglass, kami menasihatkan kepada para pelanggan kami agar tidak melakukan beberapa perkara pada cermin kenderaan yang baru ditukar. Tujuannya adalah untuk memastikan gam yang digunakan pada cermin tersebut kering dan cermin melekat pada body kenderaan dengan sempurna.

Antara tips/pantang selepas penukaran semua jenis cermin kenderaan ialah:

1. Tidak membasuh kereta selama 4-7 hari.
2. Tidak memasang tinted pada cermin selama 4-7 hari.
3. Membuka tape yang ditampal pada cermin selepas 5 jam, bagi yang menukar cermin hadapan/belakang sahaja.
4. Elakkan membawa kenderaan dengan terlalu laju & kasar kerana boleh menyebabkan cermin jatuh ke bawah akibat hentakan.

Nota tambahan:

- Sekiranya menukar cermin pintu, elakkan dari membuka tingkap selama 2 hari.
- Sekiranya menukar cermin belakang, elakkan membuka tingkap semasa memandu selama 4 hari. Tekanan angin yang masuk melalui tingkap semasa memandu boleh merenggangkan cermin dari body kereta

Sekian sahaja tips selepas menukar cermin kereta dari kami. Untuk sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila pm atau WhatsApp kami di dengan klik link di bawah

📲 Puan Anis
http://tukarcerminkeretashahalam.wasap.my/

📲 Encik Nizam
http://nizamautoglassshahalam.wasap.my/

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2 (AKAN DIBUKA)
Taman Saujana KLIA, Sepang
FB Page: Cermin Kereta Sepang - Nizam Autoglass

No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...