Wednesday 30 March 2016

TUKAR CERMIN TEPI: Proton Exora



Alhamduillah, selesai menukar cermin tepi Proton Exora.

Cermin pintu kereta menggunakan cermin jenis single layer (1 lapis) dimana sekiranya terkena hentakan/batu/objek tajam, ianya akan pecah berderai. Bunyinya seperti tidak berkualiti kerana ianya mudah pecah, bukan?

Namun, tahukah anda cermin single layer membantu anda di saat kecemasan. Jika anda terlibat dengan kemalangan di mana kenderaan contohnya terbenam di dalam sungai ataupun laut, cermin single layer mudah dipecahkan dan membantu anda keluar dari kenderaan.

Cermin single layer selalunya dipasang pada bahagian pintu dan belakang kereta, tidak digalakkan pasang pada cermin hadapan. Di bahagian pintu digalakkan untuk menggunakan tint film bagi mengelakkan serpihan cermin kereta daripada terkena mata apabila pecah atau dipecahkan.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

hamba said...

Berapa harganya tuan? Cermin pintu exora baru pecah tadi

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...