Tuesday 29 March 2016

TUNTUTAN INSURAN CERMIN KENDERAAN & NCD (No Claim Discount)

Sekiranya anda mengambil perlindungan insuran cermin kenderaan tambahan, ianya TIDAK akan menjejaskan NCD anda. Anda boleh menyemak semula polisi insuran anda sama ada anda mengambil perlindungan tambahan tersebut ataupun tidak. (rujuk gambar)


Sekiranya anda tidak mengambil perlindungan cermin kenderaan tambahan, anda masih boleh mengambilnya walaupun tempoh insuran anda sudah berjalan.

Yang penting, cermin kenderaan anda mestilah dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan. Anda boleh hubungi agen insuran anda untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

"Boleh ke gunakan tuntutan insuran kenderaan biasa bagi cermin kereta yang pecah/retak?"

BOLEH, namun banyak pula isu berbangkit. Proses tuntutannya lama dan leceh. NCD anda juga akan berkurangan, ianya sangat merugikan! NCD bermaksud diskaun untuk tidak membuat tuntutan. Bukan sikit-sikit yang ada rugi tu. Kalau diskaun NCD dah cecah 55%, memang anda kerugian besar jika buat tuntutan biasa.

Semoga bermanfaat.

No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...