Wednesday 28 September 2016

TIPS SELEPAS MENUKAR CERMIN KENDERAAN

Di Nizam Autoglass, kami menasihatkan kepada para pelanggan kami agar tidak melakukan beberapa perkara pada cermin kenderaan yang baru ditukar. Tujuannya adalah untuk memastikan gam yang digunakan pada cermin tersebut kering dan cermin melekat pada body kenderaan dengan sempurna.

Antara tips/pantang selepas penukaran semua jenis cermin kenderaan ialah:

1. Tidak membasuh kereta selama 4-7 hari, bahan kimia pada sabun boleh merosakkan gam yang belum kering pada cermin.
2. Tidak memasang tinted pada cermin selama 4-7 hari.
3. Membuka tape yang ditampal pada cermin selepas 5 jam, bagi yang menukar cermin hadapan/belakang sahaja.
4. Elakkan membawa kenderaan dengan terlalu laju & kasar kerana boleh menyebabkan cermin jatuh ke bawah akibat hentakan.

Nota tambahan:

- Sekiranya menukar cermin pintu, elakkan dari membuka tingkap selama 4 hari.
- Sekiranya menukar cermin belakang, elakkan membuka tingkap semasa memandu selama 4 hari. Tekanan angin yang masuk melalui tingkap semasa memandu boleh merenggangkan cermin  dari body kereta

Sekian sahaja tips selepas menukar cermin kereta dari kami. Untuk sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila pm atau WhatsApp kami di talian;

📲 019-2421992 (Encik Nizam)
📲 019-2429392 (Puan Anis)

Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...