Saturday 3 September 2016

JENIS CERMIN YANG DIJUAL DI NIZAM AUTOGLASS


i. CERMIN DOUBLE LAYER (2 Lapis)
Di bengkel kami hanya menjual cermin double layer bagi cermin hadapan kenderaan kerana kami amat mementingkan keselamatan pelanggan-pelanggan kami.
Cermin double layer merupakan dua cermin single layer yang digabungkan. Jika cermin double layer terkena batu atau objek keras, ianya hanya akan menyebabkan retak panjang dan tidak seteruk cermin single layer.
Tiada cermin double layer disediakan untuk cermin tingkap atau cermin segi tiga. Dan hanya ada beberapa model kenderaan luar negara yang menggunakan cermin double layer sebagai cermin belakang (bonet) seperti BMW dan Mercedes.
ii. CERMIN SINGLE LAYER (1 Lapis)
Jenis cermin single layer tidak digalakkan dipasang pada cermin hadapan kenderaan kerana cerminnya yang nipis dan tidak tahan hentakan. Sekiranya terkena hentakan, ia akan pecah berderai. Cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin kereta dan belakang (bonet) kereta.
Pemasangan tinted amat digalakkan untuk cermin single layer kerana tinted dapat menghalang serpihan cermin mencederakan pemandu atau penupang sekiranya cermin pecah.
Hubungi kami di talian 019-2421992 untuk temujanji penukaran cermin kereta kesayangan anda!
Lokasi bengkel: Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...