Sunday 10 April 2016

TUKAR CERMIN HADAPAN: Naza Ria

Alhamdulillah, selesai menukar cermin hadapan Naza Ria. Terima kasih kerana menyokong dan mempercayai Nizam Autoglass.


Untuk makluman para pelanggan, cermin hadapan yang digunakan oleh kebanyakan kenderaan adalah jenis double layer. 1 lapis di bahagian dalam, 1 lapis di bahagian luar.

Sekiranya berlaku keretakan di bahagian lapisan luar, cermin tersebut masih dapat dibaiki, bergantung pada jenis keretakan. Namun sekiranya keretakan itu berlaku di bahagian lapisan dalam (hentakan dari dalam kenderaan), cermin tersebut tidak dapat dibaiki dan dikategorikan sebagai cermin rosak.

"Bagaimana untuk membezakan cermin double layer dan single layer?"

Mudah sahaja, cermin single layer bersifat 'fragile' di mana pabila terkena hentakan, ianya akan pecah seribu. Manakala cermin double layer hanya akan mengalami retak kecil atau retak besar pabila terkena hentakan.

Hubungi kami di talian 019-2421992 (Nizam) untuk sebutharga percuma!

No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...