Monday 11 April 2016

TUKAR CERMIN TEPI: Proton Saga FLX




Alhamdulillah, selesai menukar cermin tepi untuk kereta Proton Saga FLX. 

Para pelanggan dinasihati untuk tidak meninggalkan barang berharga ketika parking. Rompakan kenderaan sering berlaku disebabkan perkara tersebut dan rata-rata perompak akan memecahkan cermin tepi/pintu kenderaan.

Cermin tepi/pintu yang mana single layer dicipta untuk tujuan keselamatan. Sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan penumpang terkurung di dalam kenderaan, cermin single layer mudah dipecahkan dengan beberapa hentakan.

Namun ada beberapa individu lain yang tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah memecahkan cermin single layer itu untuk kepentingan dirinya sendiri. Para pelanggan diminta lebih berhati-hati.

No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...