Tuesday 9 June 2020

BAGAILAH MANA, HENDAK BERHIAS? CERMIN KU RETAK SERIBU.

Alahh, isteri-isteri kita ni kan apa kira cermin muka ke, cermin kereta ke, lagi-lagi kereta siapa yang pasang tinted gelap tu, dia lalu nampak cermin terus fuh-fuh tiup betulkan tajam tudung dia. Kira kena lah tu dengan lagu Cindai tu. Cermin kereta dah pecah, tak boleh dah nak tengok muka, nak fuh-fuh tajamkan tudung. Aiyooo!

Image may contain: one or more people and people sitting

Cermin pintu kereta ni, sifatnya single layer. Cermin satu lapis. Bila terkena batu, memang retak seribu. Kalau takde pasang tinted, cerminnya akan berderai sepah ke sana ke sini, ke sana ke sini. Kalau ada pasang tinted pada cermin, haaa, jadilah macam dalam gambar ni. Tinted tu akan pegang serpihan cermin pecah tu. Lebih selamat!

"Aduhai! Cermin pecah kena batu orang mesin rumput."

Tahukan anda bahawa anda boleh membuat tuntutan pada syarikat contractor yang membuat kerja-kerja memesin rumput tersebut. Ramai pelanggan kami telah berbuat demikian. Contohnya untuk claim dengan pihak MBSA hanya perlu lampirkan resit penukaran cermin kenderaan dan dibawa bersama ke kaunter MBSA.

Ini untuk kes yang takde ambil insuran cermin kenderaan lah. Kalau yang ada ambil insuran cermin kenderaan, itu lagi best! Bawa sahaja beberapa dokumen sokongan semasa hari penukaran, kita kasi ganti cermin yang baru. Claim insuran ni tak terhad untuk cermin hadapan sahaja tau. Cermin pintu boleh, cermin belakang boleh, cermin segi tiga yang kecik tu pun boleh. 😉

Ayuh hubungi kami segera untuk book slot temujanji anda. Dengan hanya 1 klik pada link WhatsApp di bawah, kini masalah anda menjadi tanggungjawab kami.👇🏻

📲 Puan Anis

📲 Encik Nizam

📍Lokasi bengkel

CAWANGAN 1
Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

CAWANGAN 2
Taman Saujana KLIA, Sepang

No comments:

TERIMA KASIH 2022

  Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dikesempatan ini, seluruh team Nizam Autoglass ingin menzahirkan uc...